Lupa Tutup Pintu Tingkat Atas
Pukul 8.30 pagi, aku datang sahaja tengok Cik Zainal tengah belek CCTV. Entah apa dia belek aku pun tak tau. Elok dah tulis kedatangan dan tak sempat nak letak punggung Cik Zainal mula membebel kat kau. Katanya hari jumaat minggu lepas aku tak tutup pintu atas dengan rapat dan kebetulan masa tu orang Shintech pemadam api datang nak tukar yang baru. Terkejut juga, aku betul-betul terlupa gila nak kunci pintu. Cik Zainal kata atas kelalaian aku, jika terjadi apa-apa atau kehilangan duit (mungkin duit makan pelatih) aku yang dipersalahkan sebab aku adalah orang yang terakhir balik. Tapi mujur tak hilang duit. siapa suruh tinggal kat bengkel kalau rasa letak kat bengkel tak terjamin keselamatan. Dan katanya lagi, masuk ni dah 2 kali dia tegur aku yang pertama pasal pintu bawah aku tak kunci betul sekarang pintu atas pula. Dan kali ketiga aku cuai lagi, dia nak bagi surat. Baik okla, pertama Ya aku mengaku cuai atas sikap lupa aku. Memang aku betul-betul tak ingat langsung pasal nak kunci pintu atas sebab Shintech tu datang masa orang dah nak balik. Kedua, katalah duit Cik Zainal hilang. Berapa ratus?? Cakap sahaja, Insyallah aku boleh ganti balik ingat aku ni tak mampu ke macam dia tu??! Nama sahaja pentadbir gaji tinggi sikit dari aku, tapi nak belanja pelatih sekali pun tak pernah. Duit raya tak pernah nak beri kat pelatih apatah lagi apatah lagi hadiah untuk pelatih yang tak sampai pun RM 3 pun tak mampu nak bagi. Sekurang-kurangnya kalau beri hadiah, mereka akan rasa dihargai. Aku bukan nak tunjuk riak, tapi kalau kita mampu untuk menggantikannya walau berapa nilai yang hilang tu apa salahnya. Duit claim aku yang dia pakai dengan sesuka hati untuk bayar KWSP dan SOCSO pelatih, tak ada pula aku nak membebel ya. Apa pasal tak pakai sahaja duit makan yang pelatih yang aku kutip sampai beratus-ratus tiap-tiap bulan tu??! Yang ke-tiga pula, aku baru tau yang orang tua ni jenis kaki ugut. Bulan lepas punya kes pun macam tu kata nak bagi surat amaran kalau aku buat lagi. Kalau nak bagi surat, bagila aku tak hairan. Senang-senang aku boleh mengadu kat Mr Muni. Sebab masa aku mula-mula kerja kat bengkel, Mr Muni dah cakap kalau ada apa-apa masalah bagitahu dia. Aku dan Mr Muni sekarang dah berbaik, bila-bila masa aku boleh cerita kat dia. Naik meluat aku dengan orang tua tu!! Hari ni aku sambung mengajar jahitan membuat beg duit kat Solehah. Yang Husna pula tak habis lagi belajar jahitan asas. Pukul 11 pagi, orang dari Jabatan Tenaga Kerja (JTK) datang untuk memantau projek jahitan yang kami jalankan. Tengah sibuk aku mengajar si Solehah pandai pula orang tua tu dahlah tak pergi kursus menjahit disuruhnya aku ceritakan tentang kursus jahitan dan projek. Dah macam kena temuramah pula. Ceritala sendiri dah aku ceritakan kat kau. Kau kan pentadbir bengkel yang nak tunjuk bagus. Lepas, orang JTK balik aku suruh Husna sambung jahit pula. Aku siap bawak Iron aku sendiri ke bengkel, senang nak iron jahitan nanti. Hari ni aku balik awal dalam 4 petang, sebab malam nanti nak basuh baju. Sebelum balik aku periksa betul-betul dari belakang sampaila depan. Semua pintu dan suis aku periksa termasuk kotak suis utama kipas dan lampu. Puas hati?? karang tak periksa, nanti ugut surat pula.
Ulasan