Aktiviti Sehari Sebelum Cuti Raya Aildiladha

Hari ni acara gotong-royong sebelum cuti Hari Raya Aidiladha esok. Nak mengemas sahaja aku dah sakit jiwa dengan budak-budak aku. Lain di suruh, lain di buat. Sudahnya bukan mereka yang penat, aku yang terlebih penat. Patutnya aku yang cuti lebih ni. Haih...anak murid...anak murid...sabar sahajalah. Sebelum tu pukul 9 pagi, Encik Munisamy dah datang bengkel. Awal betul, tak sabar nak jumpa aku ke tak sabar nak selesaikan pembayaran. Perasanlah pula. Kami betul-betul pulun sesi mengemas termasuk tandas pun kena basuh sebersih-bersihnya. Peti ais pun tak terkecuali basuh juga. Dalam pukul 11.30 pagi, baru kami selesai sesi mengemas. Aku suruh mereka berehat dulu, yang perempuan aku suruh mereka mandi pukul 12 tengahari sebelum makan. Belum sempat mandi, semua budak perempuan dah tertiarap atas tilam. Semua buat muka penat, walhal banyak mana sangatlah mengemasnya. Pukul 12 tengahari, Puan Mano merangkap isteri Encik Munisamy telefon bengkel, dia nak cakap dengan Encik Zainal tapi aku macam biasala curi-curi dengar. Kata Puan Mano, Isnin minggu depan ada ceramah dari doktor mana entah buat kat Persatuan Kebajikan Orang Cacat Manjung (PKOCM). Katanya, sama ada aku atau Encik Zainal yang kena hadir tapi seelok-eloknya Encik Zainal yang kena hadir. Yes! Yes! Padan muka kena pergi elok sangat dari asyik 'tolak' aku sahaja apa guna menyandang jawatan Pentadbir tapi di suruhnya orang lain yang hadir jika ada ceramah atau kursus. Pukul 1.45 petang, elok dah bersiap Cikgu Wani pula datang. Dia bagi kupon sebundut 1 beg kecil untuk Sumbangan Jualan Amal Makanan pada 3/10 nanti. Macam tahun lepaslah suruh jual kupon kat orang. Aku minta 50 keping dia bagi berapa ratus keping aku pun  tak tau. Lebih-lebih siapa yang nak membelinya. Hari ni juga Encik Zainal bagi pelatih balik awal pukul 2 petang, mujur Shah tak datang ayah aku nak pergi hospital hari ni. Kalau tak alamatnya entah pukul berapa ayah ambil dia. Pukul 3.30 petang, aku dah blah. Aku balik rumah kejap nak isi minyak 2T, pagi tadi motor aku buat hal pula macam hari tu perlahan gila jalannya walhal dah habis kerah tenaga pulas pemegang motor. Sampai rumah, aku tengok ketupat palas tengah rebus. Wow! kegemaran aku tak sangka ibu buat. Lepas tu, terus gerak pergi Aeon nak tengok wayang cerita "Polis Evo". Baru kat lampu isyarat simpang nak ke Shell, Aeon Manjung motor aku buat hal lagi. Tiba-tiba mati. Jenuh aku pujuk motor aku supaya jangan buat hal. Sampai sahaja kat TGV Cinema, dah agak mesti ramai yang nak tengok, maklumlah cuti sekolah minggu ni. Seronok jugalah cerita tu, memang tak sia- sia. Tapi sebelum tu, masa aku nak beli tiket ada budak perempuan jaga kaunter macam biasalah tanya nak tengok cerita apa? ada member card tak? Aku pun bagilah member card aku sekali dengan duit RM 11 (setiap hari Rabu tiket murah). Lepas tu, masa dia nak bagi tiket dibaginya sekali duit RM 11 yang aku bagi tadi. Aku pelik apa pasal dia bagi balik duit tiket ni. Nak ditanya, budak tu dah layan pelanggan lain. Sah! budak ni tak perasan atau lebih tepat lagi mungkin dia tengah blur. Aku pun blur juga, tak apalah mungkin dah rezeki aku dapat balik duit maknanya aku tengok wayang percumalah tanpa bayaran heheheh

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)