Membuat Projek Jahitan
Hari ni pukul 10 pagi, Miss Lai dari Sekolah Semangat Maju, Ipoh telefon. Katanya, Jabatan Tenaga Kerja (JTK)akan datang Bengkel Sitiawan untuk tengok projek jahitan mesin yang dah kami buat dan mereka juga nak tengok pelatih yang buat. Ah! sudah mampus aku! Aku tanya la bila mereka nak datang?? Miss Lai sendiri tak tau bila nak datang. Dia suruh aku standby sahaja, sebab JTK ada minta alamat Bengkel Sitiawan dan nombor telefon Cik Zainal. Bila dah macam tu, mengelupurla aku. Nak ajar Solehah, dia pula cuti hari khamis baru ada. Solehah pun 1 benda aku tak ajar lagi pasal jahitan mesin ni. Nampak gayanya buat dalam minit-minit akhirla jawapnya. Harap-harap JTK datang minggu depan, sempatla aku ajar Solehah sikit. Sekarang ni pun aku dah blur tak tau nak buat apa lagi selain beg duit...Akhirnya aku buat beg tangan dari seluar terpakai. Apalagi bertungus lumus aku buat. Penah aku cari dalam internet tapi tula tak banyak kalau ada pun susah aku tak tau nak buat dan tak tau nak mula dari mana sebab langkah-langkah nak buat tu tak ada. Kebanyakkan aku cari dalam blog-blog orang jugalah. Kalau JTK datang tengok tak ada projek mereka akan ambil balik mesin jahitan yang mereka bagi. Bulan lepas Mr Ho Ah Ngen (Ketua Bengkel Semangat Maju) kata kalau boleh jangan bagi mereka ambil balik dan pastikan ada projek. Budak-budak aku yang boleh jahit mesin pun harapkan kat Solehah sahajala. Pening...pening...:(
(Beg Tangan)
Baru siap tadi. Inila hasilnya. Dah tak tau nak buat apa lagi pula.
(Beg Duit)
Yang ini 3 minggu yang lepas aku buat. Ini salah satu contoh aku ambil dari internet. Aku cuba buat sendiri, tak sangka jadi walaupun tak kemas. Tengokla tepi zip kiri tu, tak kemas. Aku ingat nak jahit pakai tangan sahaja untuk cover.
Ulasan