Baju Rayaku Terbakar
Pagi, ibu ajak pergi kenduri kahwin dekat Manjung pukul 12 tengahari. Pukul 11.00 pagi, tengah syok nak chatting kejap ibu suruh panaskan lauk dan masak nugget untuk iwan. Pula tu lagi setengah jam sahaja lagi aku nak bersedia iron baju, entah sempat ke tidak
. Akhir-akhir minit baru ibu nak suruh aku buat benda tu semua. Jadi aku mempercepatkan kerja-kerja aku. Sambil aku masak nugget sambil tu juga aku gosok baju kurung pergi kenduri nak gosok. Tengah gosok-gosok baju kurung raya tahun lepas tiba-tiba dengan tidak sengaja terbakar baju kurung aku dek kerana terlalu panas
. Mengelabah punya pasal
, terus aku cakap dekat ibu yang baju aku terbakar dan koyak dekat kain kurung. Apa lagi kena marahla aku dengan ibu aku, kalau aku tak bagitahu lagila kena marah teruk. Ni pun dah kira teruk, teringat nugget dekat dapur takut hangus cepat-cepat aku turun pergi dapur mujur tak hangus. Jadi terpaksalah aku tukar baju lain. Malang betul nasib aku hari ni...

Ulasan