Tak Jadi Balik Perak
Hari ini aku bangun tidur lambat sikit, ayah pun tak kejut aku jadi aku bolehla terbongkang lama sedikit. Baru syok-syok tidur, atok pula yang kejut aku sebab dia ingat aku balik hari ni. Ikutkan ayah nak balik hari ni sebab tengok berita semalam dari selatan nak balik ke utara jalan sesak ikut Seremban, tu yang tangguh sampai esoknya baru balik. Tengahari, Pak Uda sekeluarga balik Johor Baharu tapi Kak Lin sekeluarga balik Mersing rumah keluarga Abang Azrin. Pak Uda sampainya semalam, dah nak balik hari ni. Dari pagi hingga petang, bosan gila aku
. Tak ada benda nak buat. Pukul 4 petang, Mak Uteh ajak aku pergi beraya dekat Tangkak. Atok pun ikut sekali. Raya pun ada juga aku dapat duit raya, maklumla tak kerja lagi. Nasib baik ada duit raya saudara mara bagi, tak kisahla dapat sedikit duit raya lagipun aku dah besar lainlah budak kecil. Masa nak balik Bakri, jalan sesak gila beratur memanjang. Mau malam baru sampai rumah, tapi Pak Uteh ikut jalan lain tak adalah sesak. Malam tiba-tiba aku sakit perut dah 2, 3 hari aku tak buang air besar. Jadi aku pun buang hajat
sampai 2 kali trip masuk ke jamban. Maklumla lepas puasa makan banyak-banyak nak pula raya, makan ketupat, ketupat palas, makan kuih raya, makan tu makan ini
Lepas tu baru nak menyesal sebab makan banyak sangat, tu sampai sakit perut. Aku bajet bulan 10 aku nak ganti puasa yang dah bertimbun harinya dan nak jaga badan sekali bagi kurus sedikit
. Lepas melabur, aku tak tau nak buat apa memang bosan gilalah
. Nak main mesej, aku tak ada boyfriend kalau tak boleh main mesej. Nak main mesej dengan Abby dan Nanie belum tentu mereka balas mesej aku entah-entah sibuk dengan hal masing-masing. Fikir punya fikir aku nak main mesej dengan amy sahaja. Buat-buat baik dahla, lagipun dia memang tempat aku melepaskan bosan pun
. Orang macam dia mana boleh berbaik semula nanti dia pijak kepala aku pulak. Baik aku pura-pura baik sahaja, nanti kalau gaduh lagi karang mesej pun kejap lepas tu bosan balik. Nasib dia balas mesej aku apa lagi kami pun mesejlah. Aku mesej dia pun macam sibuk sahaja sekejap nak pergi kedailah, sekejap pergi mandila, sekejap saudara datang rumahlah macam-macam alasan bertambah bosan aku mujur ada cerita best malam ni cerita 'Kecoh Betul'. Aku dah nak tidur pun baru nak mesej...

Ulasan