Shopping Raya Lagi

Pukul 11 pagi, aku ajak ayah pergi bank simpan duit gaji aku. Aku masuk duit RM300, ikutkn masuk RM350 tapi lari bajet sikit sebab RM50 aku bagi dekat ibu, lagi RM100 aku ambik nak buat belanja. Kalau ambik RM50 mana cukup. Ayah pulak suruh masuk RM400 dan RM50 aku simpan tapi di sebabkan baru hari ni nak masuk duit dalam bank ayah dah lupa. Nasib tak ingat jadi aku cakap dapat gaji RM300 (tipu). Aku malas nak berterus terang dengan ayah, dah bagi duit RM50 dekat ibu dan RM100 aku simpan. Karang bising pula ayah, duit aku ayah kawal dan aku tak boleh keluar duit ikut sesuka hati sahaja. Kalau nak keluarkan duit kena bagitau, tu yang aku malas tu. Lepas simpan duit dalam bank, ayah pergi car wash cuci kete bagi polish sikit...maklumla esok nak balik kampung dah. Malam pulak pukul 9, ikut ibu pergi shopping beli tudung raya. Kami shopping dekat Lumut, tak sangka ada jualan hebat kawasan sebelah KFC. Apa lagi rambang matala aku tengok baju-baju, seluar, tudung, jewellary yang cantik-cantik. Kalau aku bawa keluar duit dalam bank, comfirm habis duit. Aku dan ibu beli tudung, aku sepasang ibu sepasang. Oh ya! baju raya aku pun dah siap bestnya. Tapi ada sehelai baju raya ibu tak dapat siapkan tak sempat kot. Sehelai pun sehelai la jangan tak ada langsung sudah. Aku tengok mat-mat navy pun ramai. Lepas pergi shopping, ibu kata dekat BP pergi beli tudung dekat sana sahaja. Lepas tu singgah dekat Restoran Nasi Kandar Era Lumut beli Milo dan Neslo ais, ibu suruh beli. Aku tengok dekat restoran mamak tu ramai orang jugak bawa laptop ada wireless free kot rupanye. Ada jugak aku tengok orang online Facebook sampai ada sorang mamat tu, layan Facebook sampai tergelak seorang hahahah. Entah apa yang lawak aku pun tak tau. Dalam kereta ibu tanya aku nak ikut siapa ayah ke ibu?? Ermmmm...Kalau di ikutkan tahun lepas balik kampung ibu, tahun ni balik belah ayah pulakla selang seli. Kadang-kadang serba salah aku mana 1 nak balik, balik kampung ni bosan pula, balik kampung tu hati sakit, kalau tak balik kampung lagila haru. Nak tak nak buat sahajala keputusan bagi adil...esok dalam perjalanan nak balik kampung comfirm sesak teruk tambah-tambah lagi dekat lebuhraya....ermmmm sampai umah aku terus mengemas beg...jadi esok bersiap sedia nak balik....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)