Testing Motor Baru
Tengahari, ayah pergi ambil motor skuter aku tumpang Fendy. Ayah sampai sahaja rumah, terus suruh aku test naik. Ayah ajak test dekat surau, mula-mula ayah ajar macam mana nak hidupkan motor dan sebagainya. Lepas tu aku testla bawa skuter, cepat sahaja aku dapat bawa. Cuma motor skuter tu berat sedikitla, nak pusing macam nak tumbang aku di buatnya. Nak-nak lagi bila nak tongkat, punyala susah berat nak mampos ayah buat aku tengok senang sahaja. Lepas 3, 4 kali pusing dalam kawasan surau, aku nak jalan dekat luar surau ayah pula tak bagi
. Barang-barang motor semua tokey kedai tu dah complete kan termasuk bagi helmet. Helmet pula jenis helmet tembikai, aku suruh ayah belikan helmet baru tak nak pakai helmet tembikai. Road tax pun hidup lagi. Seronok juga bila dah boleh bawa skuter, dah lepas ambil lesen P ni
. Sekarang aku baru pakai lesen L. Jadi kenala skema sikit bawa skuter. Masa nak bawa skuter pun ayah suruh aku pakai kasut. Lepas aku dapat lesen P nanti, tak adalah skema-skema ni
...
Ulasan