Di Pagi Raya Aidlfitri

Pukul 2 pagi dah kecoh, keluarga mak uda sampai (kecuali pak uda, belum balik lagi). Dan lepas dapat mesej ucap selamat hari raya, entah nombor siapa entah celcom. Aku yang tengah tidur terjaga, mujur boleh tidur balik kalau tak, tak taula. Pagi-pagi dah mandi awal, ingat tak nak pergi sembahyang raya tapi fikir-fikir balik pergi sahajala. Tapi aku cadang nak ambik air sembahyang kat surau sahaja. Sebelum pergi aku sarap dulu. Ha! kalau nak tau aku suka gila makan ketupat palas cicah dengan rendang atau kari ayam. Sedap, tula makanan kesukaan aku mjelang rayayum yum. Mujur mak long ada buat ketupat palas. Atok pinjamkan aku beg nak isi telekung sebab aku bawa telekong tak pakai beg main pegang sahaja. Masa nak pergi surau solat raya pun tak ramai saudara mara pergi, yang pergi pun aku, keluarga pak uteh (kecuali Fatehah, tak pergi), ayah, iwan, haikal dan mak uda. Sampai surau bakri batu 3, tak ada orang ramai datang lagi. Masih lengang yang datang mat-mat bangla nak solat raya bukan main bersemangat mereka bak kata pak uteh aku. Kebetulan pagi ni hujan, hujan rahmat di pagi raya. Tunggu punya tunggu, dalam pukul berapa entah baru orang makin ramai datang. Sampai naik boring dan kematu punggung aku. Lepas solat raya, ingatkan pergi kubur rupanya tak, terus balik rumah atok. Kemudian sampai rumah macam biasala masa beri duit raya pula. Oh ya! tahun ni raya aku dapat anak sdara. Kak Lin (kakak sdara, anak pak uda adik Abg Rim) dah bersalin tapi anak saudara aku dah besar sikit la. Nama dia Mohd Azril Emmil, sedapkan?? dia pun comel ikut muka mak dia. Baby pun dapat duit da pakai baju raya kelabu, comelnyer. Lepas balik solat raya juga, aku mesej nombor yang ganggu aku malam tadi. Rupa-rupanya adik angkat aku, Hafiz mesej, dia pun satu kenapa tak pakaii maxis kan ada nombor maxis. Nombor celcom dia aku tak simpan dalam maxis. Tengahari, pergi Batu Pahat pula rumah atok kat sana. Sampai Batu Pahat, Atok Jah tak ada pergi kubur tapi Atok Ali adala. Kat rumah atok Batu Pahat pun aku makan lagi ketupat palas sampai naik kembung perut aku. Petang, baru Atok Jah sampai rumah. Yang balik rumah atok, keluarga cik chah, keluarga cik nab, cik yam dan suami pun balik juga, keluarga cik As, keluarga mak su, keluarga pak uda, keluarga cik mail, keluarga cik yul (raya ni aku dapat adik saudara baru pula), keluarga pak uda. Tapi ada yang sampai petang, sampai semalam sampai malam. Aku pun rilekla kejap dan ayah pula keluar dengan iwan pukul 3 petang. Sampai nak maghrib ayah tak balik, atok dah banyak kali tanya pasal ayah, cik yam pula dah suruh balik. Aku telefon ayah kataya kat surau, aku suruh cepat balik nak mandi ni. Lepas tu, telefon ibu pula tanya betul ke nak balik kampung ahad ni?? ibu kata tak balik lepas tu tak tau lagi balik ke tak pula. Ermmmm, aku bengang betul dengan ayah dah keluar tak bagitahu, pukul 8 malam baru tiba rumah. Aku ni nak mandi atok pula banyak kali tanya pasal dia naik rimas aku. Mak-mak saudara aku suruh mandi, nak mandi macam mana ayah tak ada. Tension aku doh!. Aku mesej ayah suruh balik cepat, ibu pula macam tak pasti, kejap nak balik kejap tak nak balik. Adik beradik dia semua tanya aku ibu balik tak?? mana ibu? letih aku nak menjawap. Aku pun cakapla ahad ni ibu balik sebab ayah pun cakap ibu balik ahad ni. Kalau ibu tak balik kampung, aku dah bagitahu semua orang ibu balik ahad. Lagi tension aku, macam nila mak bapa tak bertegur sapa, anak jadi mangsa keadaan. Yang seorang macam ni, yang seorang macam tu. Cik Yam ada tanya ayah gaduh dengan ibu ke? aku pun tak tau nak cakap apa cakap tak sahajala. Tapi Cik Yam tau sebenarnya, dah tau lagi mau tanya. Ayah balik sahaja aku kena marah suruh angkat beg, patutnye aku marah orang tua tu keluar tak bagitahu, balik lambat ni tak terbalik pula. Pula tu, aku minta tolong ambilkan tuala merah kat tempat duduk belakang kena marah lagi. Bertambah tension aku. Dalam bilik air aku terus menangis mengenang nasib aku yang tak habis-habis di rundung malang sejak kecil, dahla raya pula tu. Aku kadang-kadang malu tau, kalau saudara mara aku tau aku menangis. Malam, aku tengok tv istimewa hari raya cerita Susuk. Lepas habis cerita susuk baru aku tidur kat bawah dengan saudara mara...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)