Kenduri Kawin Kawan Ibu
Lepas kejadian, baju raya aku terbakar, aku ingat ibu dah tak nak tegur dan marahkan aku lagi
. Sampai dekat dewan apa entah belakang bangunan Majlis Perbandaran Manjung, dekat situ rupanya kawan ibu buat kenduri. Kebetulan hari ni hujan rintik-rintik, masa kami masuk kawasan dewan tu lain macam saja suasana dekat luar ada tempat makan standart VIP dan ada pentas lagi
. Aku ingatkan kendurinya buat dekat situ rupa-rupanya DALAM DEWAN daaa. Ramai jugalah orang datang, set stage pula lawa tema putih kelabu, pintu gerbang kahwin jangan cakaplah bentuk love ada bunga mawar lagi dan siap red carpet. Fuhh! macam biasala bila datang kenduri kahwin orang, jumpa tuan khemah dulu ehh! silap
tuan rumah dulu bagi duit bla bla bla bla bla. Kemudian balik dalam pukul 2 petang. Tapi sebelum tu aku nak cerita sedikitla. Sedikit sahaja, aku lupa nak bagitau setiap kali majlis kahwin kan kita mesti dapat beg kenduri kahwin. Perasan tak?? haaa...Sebelum aku masuk dewan dapatlah beg kenduri kahwin, bile dah dapat aku tengoklah semua orang pakai handfhone, jadi bagilah dekat tetamu yang tu. Dan lagi 1 beg kenduri kahwin pula kebetulan lawa. Aku ni kalau nak tahu memang suka gila kumpul beg-beg kenduri kahwin yang lawa-lawa
. Dah banyak beg kawin aku simpan, bukan apa aku simpan sebagai hobi baru aku. Dulu mana ada pakai beg kahwin macam ni, jadi sejak di gunakan aku pun tertarik dengan kecantikan beg kenduri kahwin jadi simpanla dan lagi 1 boleh buat beg kahwin yang dah aku kumpul untuk kenduri kahwin aku pula, kire spare partlah ni
...
Ulasan