Pergi Ambil Geran Motor
Pukul 2 petang, tokey kedai motor telefon suruh aku datang ambil geran motor dah siap dan bawa motor aku sekali sebab nak pasang apa entah. Lepas tu aku terus telefon ayah, mula-mula telefon tak dapat. Bila aku tak angkat fhone tau nak marah. Kali ke 2 telefon baru angkat dan aku bagitahu pasal tokey motor. Jadi ayah tak cakap apa-apa pun. Petang pula pukul 5.30, tiba-tiba ayah panggil dan dengan nada marah
"Ayah kata apa??!"
aku pun jadi pelik bin ajaib, eh! kata apa pulak orang tua ni?? Suruh ikut sekali ke, tadi dekat fhone tak cakap apa-apa pun suruh siap-siap dan ikut sekali. Sebelum keluar ibu suruh aku cuba tudung yang baru ibu belikan. Tudung ala2 Yuna, baru hari ni aku dapat pakai tudung trend sekarang. Bab ayah aku, terus aku keluar. Orang tua ni memang pelupa sejak azali apa?? masa aku telefon dia tak cakap apa-apa pun hanya aku bagitahu apa yang tokey tu bagitahu sahaja lepas tu dia tak cakap apa-apa pun. Sakit hati tuhan sahajalah yang tau. Lepas selesai ambil geran dan pelbagai, ayah ajak makan pula. Adoooii aku dahla kenyang gila ni, ingat nak balik terus tapi orang tua tu tak bagi aku balik sendiri. Habis?? Buat apa beli motor kalau tak bagi aku bawa motor pergi balik. Bengonglah bapak aku ni!!. Bukannya aku tak tau nak bawa, nak tak nak terpaksa ikut cakap dengan aku sakit perut lagi. Adusss. Malam, ibu suruh cuba pakai tudung ala yuna baru lagi. Aku cube pakai sendiri, bila aku show dekat ibu. Ibu kata cara aku pakai salah akhirnya kata ibu
"Nak pakai yang merepek repek tapi tak tau nak pakai"
alaaaa...Lagipun pakai tudung ala macam yuna tu kan trend fesyen sekarang. Orang sekarang pakai selendang, aku tengok dekat majalah remaja orang bertudung pakai macam tu, aku pun teringin nak mencuba. Rasanya tak salah...
Ulasan