Round Skuter Lagi
Pukul 8 pagi, aku dah kena bangun sebab ayah suruh bawa skuter lagi hari ni. Sebelum pergi ke jalan raya, aku pusing-pusing kejap dekat kawasan Taman Melati Lepas tu, baru dekat luar ayah bawa aku pergi Teluk Muruh pula, alang-alang jalan-jalan ke sana sarap sekali. Ingat nak makan telur separuh masak sahaja, aku ni jenis tak biasa makan awal-awal pagi gila. Tak ada pula, akhirnya pesan sahaja roti canai telur. Entah macam mana Iwan pula buat perangai, adusss malu gila aku dahla pelanggan ramai. Tengok dia marah-marah dan cakap sorang-sorang nanti orang fikir apa pula. Malulah. Sebab tu aku tak suka kawan-kawan aku tau aku ada adik terancat akal, nak-nak bila dia buat perangai manalah nak letak muka kawan-kawan aku siap tanya lagi (masa aku belajar dululah). Lepas pusing dekat kawasan Taman Paya Bakau pula, masa dekat trafik light ayah dah lepas lampu hijau (bawa laju) yang aku terkial-kial lagi takut kena tinggal langgar lampu merah. Ah! lantakla. Mujur ada sebuah kereta sahaja nak menghala ke lain. Ayah pun cepat sangat tinggal aku. Bila aku bawa laju, ayah bawa lambat. Bila aku bawa lambat ayah bawa laju pula. Masa simpang nak belok kanan, aku tengok ayah dah lepas (kira tak ada kereta lainlah), aku pun pecut tak nak tinggal lagi kebetulan ada kereta dalam jarak 1 meter sahaja dari aku redah sahaja. Tak pasang signal, tak tengok kiri kanan memang canteeekla. Apa lagi aku kena PINNNNN!!!! la. Ah! lantak jugala, buat muka bodoh dahla. Masa dekat lampu isyarat simpang 4, aku berhenti sebelah ayah dan bagitau pasal kejadian tadi. Masa nak balik rumah, aku pula yang ke depan laju sikit dari ayah. Masa nak balik ada pulak bas express berhenti dekat tepi bus stop, time nila nak berhenti. Aku tengok bas macam tak jalan sahaja walaupun aku jalan lambat. Apa lagi pecut lagi, karang dah jalan bas karang susah pula. Petang, ikut ayah pergi pasar malam sebelah Giant pula naik kereta...
Ulasan