Bengang Dengan Ayah Aku!

Aku bengang gila dengan ayah aku...tadi aku pergi kedai dengan iwan beli air soya yang ibu pesan. Masa dekat kedai iwan nampak ayah dalam perjalanan nak balik rumah lepas tu iwan pun panggil ayah aku. Entah macam mana ayah marah sebab aku pergi kedai pakai seluar pendek (seluar pendek bawah lutut sikit) dan tak pakai tudung. Iwan pun balik dengan ayah, aku balik seorang. Sampai rumah ayah bising dan membebel lagi pasal aku tak pakai seluar panjang dan pakai tudung pergi kedai. Kecoh betulla orang tua tu!! aku tau la. Selalu kadang-kadang aku pergi kedai tak pakai tudung tak ada pun nak complain kenapa baru sekarang nak bising? malam-malam pun kadang-kadang aku pakai seluar pendek aku pergi kedai tak ada pun nak complain suruh pakai seluar panjang dan pakai tudung. Kenapa baru sekarang nak complain?? Eee tension aku!!. Dahla aku balik kedai jalan kaki dengan penatnya dan panasnya lagi, dia pula nak memekik lagila bertambah panas aku!!. Ala tak payah tengok silap aku, nak salah tengok diri sdiri. Bapak tak sedar diri macam ni la. Nak aku berperangai elok tapi diri sendiri lagi teruk same sahaja. Memang betol ibu cakap perangai ayah teruk, kalau bapak borek anak pun rintikla. Tak payah nak salahkan aku pulak. Tak ada bapak lagi bagus kot, ada bapak buat sakit hati sahaja buat apa. Semua hidup aku nak di kawalnya. Nasib baik aku tak puasa, kalau aku puasa tak taula nak cakap. Bila dah kena membebel terus aku tak ada mood...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)