Nasque.Saiful Macam Harem!

Aku tengah angin hari ni. Tadi kat Yahoo Messenger ada mamat sial ni. Sudahla tak bagi salam tiba-tiba main terjah pula. Kata aku penipula apalah. Lepas tu cakap aku tak cantikla, banyak jerawat la. Aku dah cakap cantik ke tak ke tu anugerah Allah SWT. Buat apa nak di pertikaikan lagi?? Aku pelikla kenapa lelaki zaman sekarang pandang perempuan hanya pada paras rupe sahaja?? Tak lawa terus kena kutuk. Aku tengok muka mamat tu pun macam jamban. Tak adalah hensem mana, rambut pun belah tepi panjang pulak tu, pakai spek bajet hensem. Aku paling tak suka lelaki macam ni. Lepas tu boleh pulak cakap nak tagged gambar hodoh aku kat dalam Facebook kat kawan-kawan dia. Pendek kata nak aibkan akulah. Tapi dalam hati risau juga. Dia kata nak suruh kawan dia komen pasal aku. Aku nak tanyalah perlu ke kite nak aibkan orang atas kesalahan kita yang kecil dan muka tak lawa??? Perlu ker?? Islam mengajar kita aibkan orang ke?? Aku ada cakap dengan dia buat apa nak aibkan orang kat orang lain, dosa tu. Kamu tau apa jawapannya "Lantakla, aib ke apa ker, kubur lain-lain". Beginila umat islam di akhir zaman, dosa di ketepikan agama dipermain-mainkan. Mana maruah kite sebagai umat islam. Fikirkanlah...Teringat kata-kata Ustaz Harryanto (ustaz kegemaran aku), kata ustaz "Memangla kubur lain-lain tapi takut dibuatnya kubur kita bersebelah dia, kita dalam kubur tak aman sebab tiap-tiap hari dengar dia kena beduk.". Dengar agak kelakar tapi cukup sinis.  

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
sbar ja la... =)
PrincezZara berkata…
Tula psl ngah bsabar la ni...pe2 pn thanks give your comment =)

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)