2 Dalam 1
Nampak sahaja muka anak murid aku, Teoh Pei Ji aku ucap "Happy Birthday" dan menyanyikan lagu "Happy Birthday To You". Hari jadi dia hari Sabtu hari minggu lepas. Mujur datang hari ni, kalau tak tangguhlah jawapnya buat jamuan. Aku sahaja tanya dia nak kek ke pizza? Kebetulan Pizza Hut pun ada offer untuk bulan ni. Dia kata nak kek, anak murid aku ni memang tak suka makan pizza. Sebelum aku keluar beli barang untuk persiapan jamuan hari jadi dan pergi kedai fotostat, aku selesaikan dulu isi borang pembayaran KWSP dan SOCSO. Pagi-pagi, En Zainal dah aku blur. Selesai semua tu pukul 10 pagi terus keluar. Aku pergi kedai Sunlight, Sitiawan beli kek dulu. Aku tengok kek ada yang nampak sedap tapi tulah harga RM60 lebih. Aku bajet RM50 lebih sahaja. Lepas beli barang-barang semua terus balik bengkel. Pukul 1.45 petang, tengah syok aku layan movie seram En Zainal pula telefon katanya nak buat jamuan dah bolehlah buat persiapan. Kacau daun betul! Jamuan mula pukul 2 petang. Selain jamuan hari jadi, ada sedikit pulut kuning di agihkan kepada pelatih. Mak Nazirul beri duit pada En Zainal suruh buat pulut kuning kerana Nazirul yang selamat dalam pembedahan pada tahun lepas. Kira 2 dalam 1 jamuan. Sebab tu aku tak beli banyak barang-barang makanan, save bajet. Masa nak buka kek hari jadi Pei Ji, habis cair krim coklat melimpah-limpah tulisan pun dah tak nampak. Macam biasa sebelum potong kek ada nyanyian hari jadi, lepas tu potong kek dan makan. Ngam 1kg kek aku beli habis, licin. Cuma air sahaja tak habis ada sedikit lagi. Aku simpan dalam peti sejuk untuk buat minuman esok hari. Pukul 2.30 petang, baru aku bagi hadiah kat Teoh Pei Ji.. Hadiah dia bajet nak beli semalam terlupa langsung. Baru beli hari ni.
Ulasan