Pendrive Hilang!
Pukul 5 petang, selepas aku hantar buku crosstitch Aunty Brenda untuk difotostat terus aku pergi Cyber Cafe. Pukul 7 petang, baru balik. Sebelum balik aku beli nasi ayam berempah kat depan Public Bank Manjung. Perut aku dah lapar gila. Sampai rumah terus makan. Aku ingat sebelum mandi nak main game yang aku download kat internet kejap. Masa aku nak ambil pendrive aku dalam poket jaket aku tengok tak ada. Ah! sudah mengelupur aku mencari. Tak jumpa langsung, mungkin pendrive aku tercicir masa aku dalam perjalanan nak balik. Apa lagi pukul 7.30 petang, terus pergi cari. Setelah penat mencari, memang tak jumpa. Sah! ada orang dah ambil pendrive aku. Aku dah mula susah hati mana taknya dua-dua pendrive aku serentak tercicir. Satu peribadi, satu lagi hal-hal kerja punya. Memang 'sakit hati' lah. Silap aku juga, letak pendrive dalam poket jaket dengan tak berzip jadi mudah untuk pendrive terjatuh. Nak menangis pun ada, mana taknya pendrive ada hal-hal kerja nak kena hantar kat Ipoh untuk laporan tahunan. Dah 95% siap, Nak bagi kat En. Zainal hari Sabtu ni pula tu. esok hanya nak tambah gambar sahaja. Rasa nak menjerit pun ada! Yang peribadi aku tak risau sangat kalau hilang, cuma sia-sia sahajalah aku download movie, lagu dan game. Pukul 8.30 malam, lepas mandi tak puas hati lagi aku pergi cari buat kali kedua sementara ayah tak balik lagi dari surau. Mungkin dah malam agak susah sikit nak cari, tapi aku cari perlahan-lahan. Berbakul-bakul aku berdoa agar pendrive aku jumpa, tapi hasilnya sia-sia juga. Dah sah-sah orang dah ambil, sebab pendrive aku yang peribadi ada tali mustahil tak jumpa. Aku berharap sangat siapa-siapa yang terjumpa pendrive aku tu pulangkanlah kembali. Tak nak bagi yang peribadi, bagilah yang hal-hal kerja tu. Aku betul-betul susah hati sangat, sampai tak ada mood nak buat kerja. Ini kali kedua terjadi. Kali pertama, nasib aku baik tercicir betul-betul depan Cyber Cafe dan ada orang jumpa dan mujur orang tu jujur pulangkan balik. Yang ini aku harap orang yang jumpa pulangkan. Tapi aku bernasib baik juga ada simpan dokumen kerja dalam laptop dan notebook tapi tulah nak kena buat baliklah report tahunan tu.
Ulasan