Masalah Pekerja 1 Bumbung

Masa aku tengah sibuk uruskan yuran Iskandar, En. Imran bapa iskandar yang juga selaku Pengerusi PIBG Bengkel berbual dengan En Zainal betul-betul depan aku. En zainal mengadu kat En Imran pasal kes kupon Jualan Amal Makanan. En. Zainal banyak tak puas hati dengan pihak sekolah, En Imran sokong kata-kata En Zainal sebab dia pernah terkena. Nak pula dengan En. Muni. Kata En Imran, pihak sekolah jenis pentingkan diri, suka 'buli' staff bengkel, suka menyalahkan pihak bengkel walhal kesalahan tu dari pihak sekolah dan tak suka En Muni sebab katanya lagi En. Muni anti perkauman dia kuat (orang DAP), depan cakap lain belakang cakap lain dan kalau boleh bengkel ni nak diuruskan oleh orang india sahaja. Aku banyak mendengar sambil membuat kerja dari menyampuk. Kata En Zainal pula, sejak kes kupon tu dia tekad kalau ada apa-apa event dari sekolah dia tak nak sertai sama. Kalau aku nak sertai boleh tapi kena uruskan sendirilah. Amboi...senang betul cakap. Aku ni dah macam orang tengah pula yang jadi mangsa keadaan. Baru kau tau, jangan ingat mereka pihak sekolah ada yang puas hati dengan kau! Siapa suka sikap melawan kau tu. Sadarlah sikit kau tu orang bawahan nak melawan orang atasan memang silap besar kaulah! Kau salah ke kau betul ke pangkat kau takkan sama kalau kau nak melawan sekali pun. Be Respect ok! Bab En Muni tu, memang tak dinafikan lagi memang sejak aku mula kerja lagi aku dah dengar desas desus hal ni dari staf-staf yang lama kerja di sini. Aku akan berhati-hati dengan dia walaupun nampak dah berbaik dengan aku. Siapa tau belakang aku, dikutuknya di sekolah. Aku tak kisah sebab aku percaya orang yang jenis macam ni  pasti mendapat balasan dari-Nya. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)