Pelanggan Yang Tidak Prihatin
Hari ini aku membeli belah di Tesco, Manjung. Semasa hendak membayar di kaunter, ada satu aunty ni berdiri belakang aku. Masa tu aku tengah buat pembayaran, aunty ni kena tegur dengan cashier sebab barang yang dia nak bayar lebih dari 10 barang. Aunty ni salah kaunter sebenarnya dia pergi kaunter ekspress iaitu barang hanya 10 barang sahaja. Bila aunty tu kata nak bayar kat kaunter tu si cashier ni tak bagi katanya nanti dia punya supervisor marah. Aunty tu mula tak puas hati suruh budak cashier tu panggilkan supervisor. Dah terang-terang ada tulis kat papan atas tergantung hanya untuk 10 barang lagi tak paham ke? Kat depan mesin cashier pun ada tulis. Macam baru pertama kali datang Tesco. Kadang aku tak paham bila ada pelanggan macam ni. Nak kata tak tau membaca dan tak paham arahan tak taulah aku. Selain tu, ada juga aku perhati yang kaunter cashier yang khas untuk OKU pun orang normal berbaris. Tak taulah kot yang beratur kat kaunter tu semua OKU. Kadang-kadang silap Tesco juga bukak kaunter 2, 3 sahaja sudahlah begitu buka kaunter khas untuk OKU, 2 kaunter pula tu. Jadi nak salah siapa? Mujur barang aku tak sampai 10 barang.
Ulasan