Hari Sukan Kejohanan Bocce Manjung 2015

Pukul 7 pagi, aku, ayah dan Shah bergerak pergi ke SMK Lekir Batu 10. Sebelum ke sana singgah bengkel kejap ambil borang daftar, lupa nak bawa semalam. Sampai sana, En Zainal tak sampai lagi. Ayah ajak aku dan Shah pergi kat Hari Kantin sekolah, cari makanan untuk sarapan. Tak sangka kat padang sekolah aku jumpa Amy dan Kak Zura pun ada sekali. Mereka dari PDK Hidayah. Sempat bersalaman dengan mereka. Baru nak pergi kat Hari Kantin sekolah ternampak Solehah baru datang di hantar adik dia. Aku buat-buat tak nampak dan buat tak peduli terus ikut ayah. Aku masih sakit hati dengan adik Solehah yang perempuan tu. Semasa nak ke Hari Kantin aku perasan yang Solehah dan adik dia asyik membontot aku sahaja. Memang ramailah, dari gerai ke gerai lain aku pergi. kami pergi sampai nak ke kantin sekolah, tak ada apa-apa pun patah balik. Elok pusing belakang nak patah balik Solehah dan adik dia masih membontot aku. Aku buat-buat tak nampak dan pandang tempat lain. Tapi dah semakin dekat dengan aku nak tak nak pandanglah juga si adik Solehah tanya tunggu kat mana? Aku pun cakaplah "kena tunggu kat padang sana ni pun kami nak pergi cari makan nak sarapan." Lepas tu, aku dan ayah pergi beli makan nasi ayam, air milo dan keropok lekor. Buka sahaja nasi ayam, bukan nasi ayam tapi nasi putih dengan ayam masak merah ceh. Sementara tunggu cikgu Zainal aku makanlah sekejap. Elok baru 5 minit makan, En. Zainal telefon tanya aku dah sampai ke belum? Dan minta borang kat aku. Apalagi kelam-kabut aku kemas, tak senang aku nak makan kejap. Sampai kat En Zainal, aku terus bagi borang. En. Tajul dari Lekir pula suruh semua pelatih dan murid mengambil makanan roti dan air botol. En. Zainal suruh pelatih makan dulu, dia suruh makan cepat sebab nanti nak buat senamrobik. Tak sampai 5 minit budak nak makan En. Zainal desak budak suruh makan cepat-cepat kang tercekik budak susah pula. Dia dah sarap kat rumah bolehlah. Lepas, mereka sarapan pagi kejap terus buat senamarobik pula dengan pelajar SMK Batu 10 Lekir. Yang mengajar senamrobiknya pelajar juga. Kami yang berbaris di hujung sampai tak nampak apa budak tu buat. Akhirnya kami senamrobik ikut sendiri-sendiri sambil diiringi muzik. Semua pelatih bengkel terlibat dalam pertandingan sukan bocce. Yang terpilih dalam sukan I-talent tak ada masalah nak main sukan ni sebab mereka dah selalu datang sukan setiap hari selasa hingga khamis. Yang tak terpilih nilah nak kena ajar. Mereka juga akan berlawan di antara sekolah lain. Seronok juga tengok mereka main, terasa macam aku pun nak main sama. Aku dan En Zainal turut memberi sokongan kepada pelatih-pelatih kami. Dalam pukul 10 pagi, En. Zainal surih aku bawa pelatih semua bawa pergi beli makanan kat Hari Kantin sekolah. Megat Faizal tak bawa duit jadi En Zainal suruh pakai duit aku dulu. Yang nak beli, terpaksa aku yang belikan. Tapi yang aku sakit hati dengan Ting Hong Aun, dia buat perangai pula. Dia bagi duit RM10 sekeping kat budak yang jual makanan tapi budak-budak yang jual sempena Hari Kantin majoriti pakai kupon. Kalau pakai cash boleh, tapi berapa sangatlah orang pakai cash. Yang si Ting ni sudahlah bagi RM10 beli makanan RM2 budak ni tak ada duit cash jadi digantikan dengan duit kupon RM8. Lepas tu, Ting bising dia nak cash tak nak kupon. Aku cakaplah budak tu tak cukup duit jadi bagi duit kupon. Dia masih bising juga, aku apalagi mengadu kat En Zainal yang kebetulan pun ada ikut kami. Dia pun bising juga kat Ting. Anak murid aku yang ni kalau pergi mana-mana program atau jamuan mesti buat perangai, geram aku! Kalau ada masa tu, aku tangkap gambar pelatih. Bila dah masuk tengahari, aku dah mula letih dan sakit kaki. Itu pun aku gagahkan juga. Mereka bersukan sampai pukul 1 tengahari. Akhirnya bengkel tak menang pun dan pulang dengan tangan kosong. Tahun ni rezeki tak berpihak kepada kami. En Zainal cakap dengan pelatih, tahun ni kalah tahun depan boleh buat yang terbaik lagi. Pukul 1.30 petang, baru kami balik.


Ini masa sebelum permainan bermula, sempat suruh pelatih bergambar sekejap



Senamrobik bersama pelajar sekolah SMK Batu 10 Lekir


Semua pakat tengok cara kawan bermain bola padang

ggrtrtrt


Di Taman SMK Batu 10 Lekir




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)