Jualan Makanan Amal

Hari ni Bengkel Perlindungan Semangat Maju, Sitiawan mengikuti program "Charity Food Fair" atau Jualan Makanan Amal yang dianjurkan oleh pihak Sekolah Semangat Maju, Sitiawan. Pukul 9 pagi, aku dah sampai SSM, Sitiawan. Elok aku sampai barang kraf aku dah bersiap susun, baguslah tak payahlah aku penat-penat. En Zainal datang awal dari aku tengah bersembang dengan Encik Munisamy. Pagi-pagi dah nampak muka anak murid aku, Ting Hong Aun. Ramai yang datang, kedai pun banyak buka. Kedai kami bersebelahan dengan kedai buku orang putih dari brazil (sponser). Aku apalagi bila dah jumpa buku, asyik belek buku sahaja. Aku perbetulkan sedikit meja jualan, bagi ada ruang. Aku pun ada sponser makanan ringan, semalam aku pulun membungkus. Sementara menunggu pelanggan membeli barang kraftangan bengkel, sempat baca novel inggeris yang aku pinjam dari Aunty Brenda. Aku ada juga pergi beli burger di keddai Kak Sara, maklumlah lapar tak sarap lagi. Lepas tu suruh Ting Hong Aun belikan aku air tebu. Bila syok baca novel rasa terganggu pula bila pelanggan datang, akhirnya malas nak membaca. Hari ni pun Pelatih dari bengkel pun berapa kerat yang datang : Ting Hong Aun, Zul Jalaal Wali Kram, Stin Gary, Shah, Asyraf, Khairunnisa, Ngooi Yong Chiang itu sahaja yang lain ke dalam. Tak tahu ke mana. Minta tolong jualkan kupon sikit punya susah, tapi bab nak menghentam cikgu laju sahaja. En. Muni belanja aku 1 kupon, segan pun ada aku tiba-tiba sahaja nak belanja aku. Dulu tak ada pun, nampak gayanya memang serius betullah En Muni dah baik dengan aku. Pukul 9.30 pagi, aku nak pergi jumpa Kak Fiza nak pulangkan kupon dan duit jualan kupon, sampai pejabat tengok dia pula sibuk tengah berurusan dengan En. Muthu Pengerusi SSM, Sitiawan. Tak jadi bagi. Pukul 10 pagi, aku nak pergi beli makanan. setiap kedai aku jelajah. Agak dalam 5, 6 plastik makanan jugalah aku beli tak termasuk kraftangan pun aku beli dari bengkel aku iaitu sarung crosstitch kotak tisu dan juga buku novel di sebelah kedai aku. Habis 6 kupon aku. Tak sangkat kawan aku masa IKM datang anak En Zainal, Zila datang dengan adik-adik, mak dan anak dia. Husna pun ada juga. Pukul 11 pagi, barulah ada orang beli barangan kraf dari bengkel. Alas kaki yang besar pun laku  dari bawa 10 keping tinggal 4 keping sahaja, sarung crosstitch kotak tisu pun licin terjual. Memang rezekilah. Aku cakap dengan En Zainal sampai pukul 1 tengaharilah jual. Kalau tak pukul 12 tengahari, dia nak tutup. Orang tua ni pun 1 tau nak balik sahaja bekorbanlah sikit, kata nak tolong budak-budak bengkel. Aku kalau boleh nak jual sampai pukul 4 petang. Sekali tengok  pukul 12.30 tengah, orang ramai beli barang kraf. Kalau balik awal tadi dah rugi. Pukul 1 tengahari, orang dah berkurang apalagi kami pun berkemas-kemas nak berangkat pulang. Sebelum balik, aku jumpa sekejap dengan Kak Fiza nak pulangkan kupon dan duit jualan kupon. Sampai rumah, terasa penat sangat lalu tertidur sampai tak ingat. Pukul 7.30 petang, baru jaga. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)