Kecoh! Aku Balik Lewat.

Pukul 3 petang, hujan turun dan semakin lebat. Aku memang bajet, kalau masih hujan pukul 6 petang aku tak jadi nak tengok wayang hari ni. Hujan semakin lebat, aku lepak dalam bengkel selepas semua dah balik. Sementara tu, aku layan Youtube cerita hindustan, Jaan-e-man. Boleh tahan cerita tu kelakar. Tepat pukul 6 petang hujan dah berhenti, tak dan mandi aku terus salin seluar dan tudung sahaja. Lepas tu, aku terus pergi makan di Strawberry Cafe. Cerita wayang yang aku nak tonton tu pukul 7.15 petang, tajuk 'Last Shift'. Agak lambat juga mula sebab cerita tu untuk pukul 4 atau 5 petang tak ada. Itu yang aku 'frust' tu. Habis mesti pukul 9 malam, pandai-pandailah aku jawap dengan ayah bila balik lambat. Lepas makan, aku gerak pergi AEON Manjung. Sampai AEON Manjung sempat aku Whatsapps ibu tanya bila nak balik? Ayah aku tanya masa ambil Shah, katanya ibu ada telefon ke? Ada cakap nak balik bila? Ibu balas Whatapps aku katanya ibu suruh ayah ambil dia kat Ipoh. Kata ibu lagi kebetulan dia kat rumah adik no 2, dan bas pula rosak. Pukul 7.15 petang cerita dah nak bermula. Memang bestlah cerita tu, seram gila dan mujur penonton tak ramai cuma 3 orang termasuk aku. Habis pukul 8.45 malam, aku tak tunggu lama terus gerak balik rumah. 'Rushing' abis aku, mana taknya risau takut ayah dah balik surau tengok aku tak ada. Sampai rumah, ayah tak ada selamat aku. Elok aku nak mandi ayah aku, telefon dan bising tanya kenapa aku lewat bagai? Aku pun jawab sahajalah. Lepas aku mandi, ayah dah balik sambung bising kat aku. Marah aku macam aku balik pukul 1 pagi. Walhal pukul 9 sahaja pun. Inilah salah satu kelemahan duduk dengan ibubapa. Aku balikm lambat tanya, balik awal tanya, tak kerja pun tanya. Lepas tu nak buat itu tak boleh, nak buat ini tak boleh. Sampai bila nak kongkong aku? Aku dah umur 29 TAHUN ok...29...bukan 2 tahun atau 9 tahun. Umur aku ni dah kira matang dan sudah dewasa, dah boleh jadi mak budak. Aku pun tak paham dengan ibu dan ayah aku! Aku bukan ke mana pun, bukan pergi buat maksiat. Kalau adik lelaki aku balik sampai pukul 3,4 pagi buat bodoh sahaja, kalau marah pun sekali dua sahaja itu pun tak seteruk aku. Mereka lagilah siap lepak dengan kawan-kawan lagi, aku? Macam mana aku nak lepak dengan kawan sedangkan kawan-kawan aku pun sibuk dengan hal masing-masing. Kadang-kadang aku tension duduk kat rumah, itu sebab aku lebih suka balik lambat. Apa malanglah nasib aku ni, entah sampai umur aku 70, 80 tahun agaknya nak dikongkong. Aku selalu berdoa supaya dapat kerja atau dapat bakal suami orang jauh. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)