Ibu Dan Ayah Pergi Ipoh

Tengah aku buat kerja pengiraan gaji pelatih, ada orang telefon. Bila angkat, aku dengar En Muni bercakap dengan En Zainal. Aku pun macam biasala cutri-curi dengar. En Zainal bagitahu yang En Subramaniam ada suruh dia buat laporan tahunan dan minta akaun bengkel. Dalam hati aku menyumpah, mana taknya dia cakap orang suruh dia buat laporan tahunan walhal dia yang suruh aku buat laporan tahunan. Pandai betul orang tua ni menipu! Kata orang cakap putar belit habis yang dia bukan putar belit! Aku yang bersusah payah, bersengkang mata siapkan laporan tahunan, lepas tu dia sedap-sedap cakap kat orang dia yang buat. Kepala otak!! Mana aku tak sakit hati dengan orang tua ni! Aku tunggu masa sahaja En Muni tanya kat aku. Masa tulah aku cakap macam-macam. Pukul 10 pagi, En. Muni datang nak berbincang pasal yang En Zainal bagitahu. Masa aku buat slip gaji untuk pelatih, aku kaji balik apa yang En. Zainal cakap semalam yang bank in slip dengan slip gaji tak sama gaji (itu pun mak cik Ngooi Yong Chiang yang complain). Aku tergerak hati belek balik fail gaji pelatih yang bulan Januari 2015. Aku nak tengok macam mana Marina buat. Rupa-rupanya yang Marina buat gaji sama dengan apa yang dah bank in ke akaun pelatih. Cuma aku tak tau macam mana dia buat, dia pun tak ajar dulu. Terus aku jumpa En. Zainal bawa fail sekali dan berbincang mengenai gaji pelatih. En. Zainal suruh aku buat pembaharuan pada slip gaji. Pukul 12.45 tengahari, ibu pula telefon. Ibu suruh aku bagitahu ayah yang lepas Asar pukul 4 petang pergi Ipoh sebab esok hari jadi anak adik aku no 2 tu. Ibu siap tanya aku tak ada hadiah ke untuk anak buah? Aku hanya cakap tak reti nak hadiahkan apa untuk budak kecik. Walhal aku memang tau sangat hadiah apa yang sesuai untuk kanak-kanak, sengaja kata tak tau. Aku sendiri pun tak pernah nak layan anak adik aku no 2 tu, apatah lagi nak sentuh pun tak pernah. Meluat aku kat anak beranak tu! Kalau anak saudara kesayangan, dah tentu aku akan belikan hadiah setiap tahun. Hadiah mahal sikit pun aku sanggup belikan. Aku telefon ayah tak dapat. Telefon buat kali ke dua tak dapat juga, bergerak untuk balik tapi beg dan kerja-kerja aku tinggalkan kejap. Alang-alang aku balik kejap, ambil buku crosstitch kat kedai fotostat yang selalu aku pergi kat Manjung. Lepas tu, baru balik rumah dan aku berharap ayah ada kat rumah rupa-rupanya tak ada. Ke mana pula ayah merayap ni? Aku tengok henfon ayah tengah cas. Kebetulan tergerak hati aku nak belek henfon ayah ada 1 mesej ayah tak baca lagi. Mesej dari Mak Uteh katanya Pak Andak dan Mak Andak Muar nak datang rumah kami dan mereka pun dari kedah. Dalam 15 minit jugalah aku tunggu ayah kat rumah, dah pukul 1.45 petang pun tak balik-balik lagi. Tak boleh jadi aku cuba cari kat kawasan surau. Mujur jumpa, rupa-rupanya lepak kat kawasan surau lepas solat Zohor tengah bersembang dengan pak cik-pak cik setaman. Aku panggil ayah dengan isyarat tangan dari jauh segan pula aku dengan pak cik-pak cik tu. Lepas tu, terus aku bagitahu apa yang ibu suruh bagitahu dan mesej dari Mak Uteh. Aku suruh ayah telefon Mak Uteh untuk comfirmkan. Sebab aku tengok tarikh hari ni pukul 11 pagi. Ayah tanya aku nak ikut ke? Aku cakaplah tak nak ikut. Ada 2 sebab aku tak nak ikut, Pertama - kerja aku kat bengkel pun tak bersiap lagi dan Kedua - tak ingin aku datang umah adik aku no. 2 tu sambut hari jadi anak bagai. Nanti aku datang sana macam tunggul kayu, bosan gila baik tak payah datang. Lepas aku selesai bercakap dengan ayah terus aku balik ke bengkel balik. Elok dalam perjalanan nak ke bengkel perut aku sakit. Masa nilah dia nak sakit, ingatkan sempat sampai bengkel buang hajat kat sana sahaja rupanya tak sempat terus aku belok ke Tesco. Lepas ke tandas, aku telefon ibu bagitahu pasal mesej dari Mak Uteh baru gerak pergi bengkel balik. Ikutkan pukul 4.45 aku nak tengok wayang kat TGV cerita Goosebumps lakonan Jack Black tak jadi sebab risau juga ayah singgah bengkel tengok aku tak ada, kata buat kerja. Akhirnya ambil keputusan esok sahaja tengok wayang. Pukul 5 petang baru aku balik bosan juga duduk lama-lama dalam bengkel nak pula line internet macam harem!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)