Hairan Betul
Pukul 10.30 pagi, En Muni telefon tanya khabar aku. Lepas tu tanya aku dah sarapan ke? Makan apa? Aku pun jawap sahajalah. Tapi penyakit ambil berat dia kat aku mengundang pelik dalam diri aku. Sejak dia dah berbaik dengan aku, makin menjadi-jadi pula ambil beratnya. Ini bukan buat aku senang hati tapi susah hati. Dulu tak macam ni pun. Ya Allah! Janganlah yang bukan-bukan fikiran ni datang. Tiba-tiba dia tanya aku tak makan kek ke? (Minggu lepas aku bagitahu dia yang aku makan kek masa tengahari dan masa tu aku seorang jaga bengkel). Aku cakaplah tak makan. Lepas tu siap tanya suka makan kek apa kat Secret Recepi? Aku cakaplah Coklat Indulgence. Katanya lagi kalau dia belanja aku sudi ke? Terdiam aku...Makin pelik perlawaan dia. Tapi aku cakaplah sudi kalau dia Ikhlas nak belanja. Dia cakap dia ikhlas, mesti ikhlas bila nak belanja orang. Amboi...manis punya ayat. Aku risau dengan En. Muni ni, bila aku nak berburuk sangka salah, nak bersangka baik pun salah. Serba salah aku. Aku bukan apa, terngiang-ngiang kata-kata Amy bekas pentadbir bengkel katanya En. Muni ni ada skandal dengan perempuan melayu siap tunjuk kat facebook lagi. Kalau niat dia betul-betul ikhlas antara orang atasan dan pekerja bawahan, alhamdulillah lah kan. Tapi kalau sebaliknya, aku yang susah hati.
Ulasan