Bos Belanja?! Mencurigakan.

Hari ni aku kena jumpa En. Munisamy untuk pembayaran. Lagipun esok En. Zainal dah mula cuti 4 hari sebab Sabtu ni anak dia nak kahwin. Pukul 10 pagi, ada budak baru nak kerja di bengkel (kawan Ting Hong Aun). Dari Pekan Gurney, Sitiawan. Baru daftar, minggu depan baru masuk. Masa berlalu jam dah pukul 11 pagi aku dah mula risau bukan apa takut En. Muni lupa sahaja hari ni nak jumpa. Aku selesaikan KWSP punya dulu sebab tarikh bayar sebelum 15hb. Pukul 11.30 pagi, baru dia datang lega sikit aku. Baik punya layan, elok dia sampai aku ucap Happy Deepavali dia siap berjabat tangan dengan aku lagi. Sambil dia buat kerja, kami berbuallah topik-topik biasa. Selesai sahaja dengan En. Muni dan dia pula dah balik. Baru nak naik atas jumpa En. Zainal, En. Muni datang lagi. Aku ingatkan dia tertinggal barang rupa-rupanya dia belanja aku 2 kek Secret Recepi. Katanya 'This is gift for you" memang tak sangka gila wei! Mimpi ke aku ni tak pernah-pernah dia belanja. Bukan main baik lagi dengan aku. Kena berhati-hati ni, mencurigakan. Aku cakaplah terima kasih sebab belanja. 1 Chocolate Indulgence Cake (kegemaran aku) dan 1 lagi Cheese Cake. Selesai berurusan dengan En. Zainal terus aku tengok kek yang dia bagi. Beli banyak-banyak rasa macam tak habis, lagipun aku kenyang lagi baru sahaja pagi tadi ayah belikan makanan untuk tengahari. Akhirnya kek cheese tu aku bagi Solehah dan Yana makan, kongsi. Lepas tu, En. Muni telefon katanya yang dia belanja tu cakap jangan bagitahu siapa-siapa, cakap aku sendiri yang beli. Apa?! Ini lagi mencurigakan. Takut kantoi kat bini ke? Yana pula hari ni tak sihat, sakit kepala katanya dan minta balik awal. Aku bagitahu kat En. Zainal katanya suruh Yana makan ubat, mandi basah kepala dan tidur sahaja. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)