Sesi Mengemas Bundle

Hari ni aku nak mengemas bahagian bundle ganti hari jumaat minggu lepas. Minggu lepas aku memang bajet nak mengemas tapi hujan lebat pula tak jadilah dengan En Zainal datang bengkel dan kerja-kerja lagi. Pelatih perempuan aku tak bagi buat kerja aku minta mereka tolong aku. Solehah dan Tan Jee Suan sambung letak harga kat kraftangan. Khairunnisa dan Wan Liyana tolong aku kat bahagian pakaian bundle. Aku nak mengasingkan baju ikut jenis. Mana yang buruk dan koyak aku buang terus tak banyak cakap. Pada mulanya aku suruh Khairunnisa dan Wan Liyana lipat seluar kat rak seluar, tengok mereka buat kerja pun aku sakit hati mana taknya terdemut-demut buat kerja! Lain suruh lain buat, sampai ke sudah tak siap nanti. Masa rehat pukul 10 pagi, sempat aku main game sekejap sementara tunggu pelatih perempuan habis makan. Aku buat kerja mengemas sampai pukul 12 tengahari. Letih wei! Masa balik, aku balik awal pagi tadi dah minta izin dengan En Zainal nak balik awal sebab nak buat bank in internet. Aku tak buat lagi sebab gaji Ting Hong Aun kerja Avimor lupa nak bagi kat En Zainal. Mujut orang tua tu tak bising. Pukul 4 petang pergi Siber Kafe Tropikana, baru nak guna tuan kedai kata internet tak boleh guna pula. Katanya kabel kena curi. Adoi! susahlah nak buat kerja, baru nak online. Aku print pamplet bengkel dan kwsp sahaja. Lepas tu aku pergi siber kafe kat Manjung. Sebelum tu pergi fotostat kejap. Kedai siber kafe kat Manjung pula penuh untuk nak print punya yang online adalah. Kecewa aku, pergi pula 1 lagi siber kafe deret-deret Siber Kafe Tropicana juga, pun jawapan yang sama internet tak boleh pakai. Akhirnya aku balik sahaja, mengalah terus! Nak pergi Siber Cafe Lumut dah malas. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)