Tak Puas Hati Tentang Gaji
Pada minggu lepas, En. Subramaniam telefon aku untuk memberitahu pasal gaji aku mengikut Diploma. Kata En. Subramaniam gaji aku memang dah ikut gaji diploma. Jadi dia kata ada salah faham sikit sebab sebelum ni Miss Lai dah tengok fail aku ada lulusan diploma. Aku pelik macam mana boleh kata gaji aku ikut Diploma sedangkan gaji aku RM 900. ikut diploma apa bendanya tu? Aku keliru dan tidak faham dengan sistem gaji PAFID untuk staff.. Sebab aku tengok tangga gaji kalau diploma dan berapa tahun berkhidmat gaji naik RM1000 lebih. En. Subramaniam ada juga cakap gaji ikut diploma dapat sekali sahaja tak boleh minta lagi. Aku pun terfikir apa maksud En. Subramaniam dapat sekali? Setahun sekali sahaja ke dapat gaji ikut diploma lepas tu ikut gaji asal balik, RM 900? Tak adil bagi aku! Aku dah 4 tahun 4 bulan kerja kat Bengkel Perlindungan Semangat Maju Sitiawan. Lepas tu kerja sampai lebih masa dan kerja banyak tapi tak naik-naik pun gaji. Sudahlah O.T tak ada. Sepatutnya gaji aku RM1000 lebih. Yang aku sakit hati dah beberapa bulan aku minta slip gaji tak dapat-dapat. Susah sangat ke nak bagi? Sekurang-kurangnya emailkanlah setiap bulan slip gaji. Ni dah nak setahun tak dapat slip gaji. Macam mana aku nak buat rujukan. Lepas tu, aku tanya kat En. Zainal dan dia pun buka cerita yang dia pernah kena. Kes aku sama macam kes dia, dulu masa dia mula kerja dia tak minta gaji banyak dan tak kisah pasal gaji. Tapi bila dia dapat tahu pemandu-pemandu dari bengkel lain berlainan dia pun nak tahu kenapa gaji dia lain dari bengkel-bengkel yang lain. Dia cakap dia hanya nak tahu kedudukan gaji seorang pemandu sahaja tak minta gaji naik pun. Itu yang sampai En. Munisamy pun marah dia. Salahkah kami orang bawahan nak tahu hak kami? Kenapa jadi sampai macam tu sekali?? Nak marah-marah bagai? Seolah-seolah kami orang bawahan tak ada kepentingan dan tak dihargai. Datang bengkel senyap-senyap pandai lepas tu komplen kata bengkel Sitiawan kena buat macam ni macam tu! Tapi bagi gaji macam celaka! Aku tak puas hati nak jumpa Miss Lai hari Ahad. Esoknya aku telefon Miss Lai bagitahu dia esok aku nak jumpa dan tujuan kedatangan aku. Kata Miss Lai, dia hanya sent email sahaja dan minta email bengkel. Aku tau Ahad tu dia sibuk sebab Sekolah Semangat Maju Ipoh buat Hari Konsert. Kalau macam tu juga gaji tu memang aku bersumpah Persatuan ni akan lingkup 1 hari nanti, tak ada budak yang akan berdaftar kat sini! Makan gaji aku yang sepatutnya kena bayar memang aku tak halalkan terus terang cakap!! Kerajaan dah tarik balik 'keistimewaan' pun tak sedar diri lagi!!
Ulasan