Memperbaharui Lesen Di JPJ Manjung

Pukul 9 pagi, aku ke JPJ Manjung nak memperbaharui lesen motor. Esok dah tamat tempoh. Aku pergi sendiri. Sampai sahaja JPJ Manjung, komputer bermasalah pula sistem down. Masa macam inilah nak buat hal. Ramai yang menunggu terus balik. Aku ingat nak tunggu tapi bila dengar pak cik jaga tu kata "tak tahu bila boleh elok, kena tunggulah". Bila dia cakap macam tu, aku balik sahajalah dulu petang karang baru datang balik. Nombor giliran dah ambil. Aku dah mula susah hati dibuatnya petang tak elok juga, macam mana? Esok dah tamat tempoh. Nak cakap dengan ayah, aku takut nanti orang tua tu bising. Nak tak nak kalau tak boleh juga esok pagi sahajalah nampaknya. Sampai rumah aku sambung main game sekejap. Pukul 3 petang, aku pergi JPJ, Manjung balik. pak cik jaga tu pelik tengok aku datang balik tadi pagi ada. Aku tanya pak cik jaga tu bila dah eloknya? Pak cik jaga tu kata elok aku balik dah elok pun. Ya ya sahaja pak cik jaga ni. Jarak nombor giliran aku jauh gila. Mana taknya orang ramai hari ni. Tiba giliran aku, macam biasa cakap dengan kakak kaunter tu nak memperbaharui lesen. Kakak tu kata aku punya lesen dah tak boleh memperbaharui lagi sebab dah tamat tempoh. Aku pelik, bukan esok tamat tempoh ke? Katanya memang dah tak boleh lagi sebab tempoh hanya diberi 2 tahun. Aku tanya habis macam mana? Kakak kaunter tu kata kena rujuk balik dengan cikgu sekolah memandu. Aduhh! nak tak nak kena cakap dengan ayah jugalah ni. Bertambah susah hati aku dibuatnya. Mana taknya kena bersiap sedialah dengan 'senjata' ayat pedas dari ayah aku tu. Matilah aku...Apalah malang nasib aku hari ni. Ayah petang dah keluar pukul 4 petang. Aku dah mula resah gelisah tunggu dia balik, Kejap turun bawah, kejap naik atas, kejap jenguk luar, kejap pergi rumah sebelah pula. Serba tak kena. Hari dah nak hujan. Pukul 6 petang baru ayah balik. Terus aku jumpa beritahu pasal lesen. Ayah kata memang dah cukup 2 tahun tak boleh nak memperbaharui lagi. Kena buat lesen yang baru kena bayar lagi RM 400. Katanya lagi, dia tak nak tanggung lagi dah. Dah habis RM 800 dia keluarkan duit untuk lesen aku sahaja. Cara cakap seolah-olah aku ni membebankan. Aku nak duduk sendiri tak bagi lepas tu nak cakap macam tu pula. Aku nak keluar cucuk duit disuruhnya esok sahaja dah hujan. Salah aku tak nak pergi belajar bawa motor kat sekolah memandu. Bukan aku tak nak, tak ada masa dengan kerja bengkelnya mana nak jaga pelatihnya. Entah En Zainal tu bagi ke tak aku keluar untuk pergi ujian memandu. Nampak gayanya, aku kena ikat perutlah untuk sebulan dua ni. Apa nak buat duit aku pun dah berkurang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)