'Pelanggan' Yang Menjengkelkan

Pagi-pagi tengah syok layan game online datang pula pelanggan tengok-tengok kat bahagian pakaian bundle. Pelanggan mak nyah pulak tu 3 orang. Datang-datang sahaja gelak-gelak, menggedik tak tentu hala. Pakaian tak payah cakaplah. Aku nak main game pun terbantut. Pukul 3.30 petang pula, ada seorang lelaki melayu datang minta bantuan. Katanya dia baru kemalangan, beg pakaian, I/C dan lesen dia hilang. Nak buat baru kena RM 80, dia pula tak ada duit dan dia baru jalan-jalan minta siapa-siapa bantu. Siap nak tunjuk surat report lagi. Jadi dia minta tolong aku 'topup'kan dia. Yang ini lagi buat aku tak senang duduk dan susah hati. Entah betul ke tidak mamat ni. Sudahlah aku seorang sahaja dalam bengkel jadi apa-apa nanti susah juga. aku cakaplah yang aku tak ada duit dan perlukan bantuan juga sebab ini pusat orang cacat. Lepas tu, mamat tu minta seluar pula. Aku suruh dia ambik kat tingkat seluar. Sudahlah nak seluar percuma, nak cuba seluar slumber badak tukar depan aku. Cantiiiikkk perangai! Mujur terselindung di sebalik papan betul-betul belakang tempat duduk pelatih lelaki dan pakai 'short pant'. Kesusahan hati aku makin terasa, takutlah juga. Cepat-cepat aku ambil telefon dan terus duduk luar. Pukul 4 petang, baru mamat tu blah dan sebelum tu dia ucap terima kasih kat aku sebab bagi seluar 2 helai percuma. Masa dia blah, aku ushar sahaja gerak geri dia dari jauh entah betul ke tidak mamat tu. Lepas tu cepat-cepat aku tutup bengkel. Kalau jadi apa-apa yang tak diingini habis aku. Sudahlah aku seorang sahaja kat bengkel, lepas tu kawasan pula tak ramai orang lalu lalang. Risiko tinggi wei! 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)