Ujian berkomputer KPP 01 Dan Datang Bengkel
Pukul 8 pagi aku pergi MyEG kat Sitiawan untuk menghadiri ujian berkomputer. Fuh! berdebar-debar nak ambil ujian memandu. Masa sampai aku pergi kat kaunter ada amoi kaunter minta IC aku dan tanya "Dah beritahu sekolah memandu ke yang kata nak amik ujian hari ni?". Aku jawaplah "Tak ada tapi sekolah ada beritahu yang ahad boleh ambil ujian memandu.". Amoi tu suruh aku pergi sekolah memandu dulu beritahu yang aku nak ambil ujian berkomputer hari ni. Dah 1 hal pula. Aku telefon ayah dan ayah suruh aku pergi sekolah memandu tu tanya apek kaunter pula. Sampai sahaja sekolah memandu ramai betul orang belajar memandu pagi-pagi nak letak motor pun susah tak ada parking. Dekat apek kaunter tu aku bayar RM 18 untuk ambil ujian berkomputer sekali beritahu nak ambil hari ini. Selesai sahaja, terus patah balik pergi sana. Barulah aku boleh ambil ujian berkomputer. Pergh! terasa macam susahlah pula. Apa yang aku baca dalam buku tak masuk dalam ujian lepas tu soalan tak ada dalam buku pun keluar juga. Bila aku nak semak dah tak sempat tinggal lagi berapa saat sahaja. Sempat semak separuh sahaja. Bila aku klik selesai sahaja MAAF TUAN/PUAN GAGAL 38/50. Aduhh gagallah pula, lagi sikit sahaja pun 42/50 baru lulus. Matilah aku bising dek ayah nanti!! Sampai rumah aku sempat main game sekejap. Pukul 11 pagi, ayah balik terus tanya, mujur tak bising. Pukul 2 tengahari, pergi bengkel pula nak hantar borang yang En. Zainal suruh tandatangan. Kat bengkel, En. Zainal suruh aku buka email dan periksa kalau Sekolah Semangat Maju Ipoh ada hantar slip gaji dia. Dia ada minta melalui telefon. Ai! minta untuk diri sendiri sahaja ke? Aku pergi bengkel sekejap alang-alang nak buka email layan facebook dan game sekejap. Buka email tak ada hantar pun, lepas telefon En Zainal kali ke 2 buka baru ada hantar itu pun slip gaji dia punya sahaja. Tak adil betul! aku minta berpuluh kali tak dapat, orang tua tu minta dapat pula. Masalah betullah!
Ulasan