Selesaikan Kerja Sebelum Bercuti

Pukul 9.30 pagi, Zila datang dengan Husna. Hari ni Husna kena pergi temuduga kat KFC, Sitiawan jawatan pembantu. Aku ada tanya kenapa Husna berhenti kerja kat Butik Aweenda. Katanya, kerja tu tak mencabar duduk sahaja bagi pamplet kat pelanggan itu yang Husna pun bosan. Yang En. Zainal pula tak beritahu aku langsung pasal Husna berhenti kerja, aku dapat tahu pun ayah yang beritahu. Itu yang aku tanya Zila. Nak tunggu orang tua tu bercakap sampai ke sudah aku tak tahulah jawapnya. Sempat Zila beli novel yang aku sedekah kat bengkel. Sebelum En Zainal bergerak pergi, dia lupa nak beritahu aku yang Jabatan Tenaga Kerja ada telefon mereka nak buat pemeriksaan dalam masa terdekat ni pasal projek jahitan pakai mesin tu. Ah! sudah beritahu saat-saat akhir, dahlah aku tak buat projek tu. Nak buat tak ada masa, nak suruh Solehah buat dia pun nak kena siapkan kotak tisu crosstitch lagi. Sudahlah mak Ngooi Yong Chiang nak kotak tisu crosstitch. Masalah betullah! Ingatkan sekali sahaja buat pemeriksaan. Nak tak nak terpaksa suruh Solehah buat juga mujur aku mula bercuti hari jumaat sampai jumaat minggu depan. Lepas En. Zainal pergi, aku siapkan isi borang yang di'bank in' ke bank esok. Aku tak nak buat esok sebab esok aku sibuk mengemas bundle lagi takut tak sempat nak siapkan. Dah siap kerja, esok tinggal nak bagi sahaja kat En. Zainal tu. Lepas En. Zainal balik dia bagitahu kat aku yang Husna dapat kerja kat KFC, Lumut bukan Sitiawan. Mak aih! jauhnya. Katanya KFC Sitiawan sibuk dan tak ada kerja kosong. Sibuk apa bendanya, aku rasa Lumut lagi sibuk dengan pelancong asingnya, mat-mat navy dan orang luar datang berjalan ke Lumut lagi. Kerja KFC ada 2 shift 8 pagi-12 tengahari dan 8 malam-12 tengahmalam, jadi Husna kena kerja 2 shift macam yang lain. Kata En. Zainal lagi kerja kosong KFC rupanya bukan untuk OKU sahaja tetapi terbuka. Pukul 2 petang, aku ajar Solehah buat jahitan mesin. Semasa menjahit beg duit entah macam mana jarum patah pula. Aku dah susah hati jenuh cari jarum simpanan kalau-kalau ada. Aku rasa ada sebab hari tu aku jumpa. Akhirnya aku jumpa kat tempat simpanan jarum dalam mesin jahit. Macam ni nak bagi Solehah buat? Tekan pemijak mesin pun kuat jarum pun jalan lajulah itu yang patah jarum. Aku cerita kat En. Zainal, orang tua kata aku kena pakai jarum ikut saiz. Amboi! cakap senang! Memang dah ikut saiz pun! Asal kau sahaja yang tak ajar Solehah menjahit?! Silap-silap kalau kau ajar bukan jarum sahaja yang patah mesin pun jahanam! Lepas tu jadi apa-apa kat mesin jahit, nak tuding aku. Ingat aku tak tau cara kau tu macam mana! Aku harap JTK datang masa aku tengah cuti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)