Ke Kenduri Kahwin Anak En Zainal Dan Ke Teluk Intan
Aku datang ke bengkel macam hari-hari biasa 8.30 pagi. Pukul 12 tengahari aku balik. Sampai rumah terus aku bersiap untuk ke kenduri kahwin anak En Zainal di Taman Mas, Kg Koh Sitiawan. Pukul 1 tengahari gerak ke sana. En Zainal buat kenduri betul-betul berdepan dengan surau. Nama surau tu Surau Nurul Hasanah. Macam tak ramai orang. Masa nak letak kereta terserempak dengan Marina. Dia tak perasan aku. Sebelum jumpa tuan rumah, ayah pergi solat dulu kat surau waktu zohor dah masuk. Aku dan Shah terpaksalah tunggu kat luar dulu. Entah macam mana Zila perasan, di panggilnya aku. Tak sangka aku dia ada kat situ. Bersembang kejap dengan dia. Kata Zila, si Husna dapat tawaran kerja kat KFC, Sitiawan dan hari rabu minggu depan temuduga pihak JKM yang tolong carikan. Aku tanya Zila, Husna mana? Nak juga jumpa dia kejap dan mak dia sekali nak bagi duit dan bersalaman. Rupanya mak dia dan Husna ada betul-betul kat khemah depan Sekolah Agama Nurul Hasanah. Masa nak ke sanalah terserempak lagi dengan si Marina kali ni dia baru perasan aku siap berlambai tangan lagi dan juga Shahril suami si Zila. Lepas bersalaman dengan Man Zila, aku jumpa Husna kejap. Lepas tu baru pergi surau balik. Tak sampai beberapa minit aku duduk, ternampak Shah kena 'tarik' aku dah susah hati. Aku suruh dia duduk, mana taknya sibuk main dengan budak mana entah main dalam kawasan surau. Yang budak-budak tu sibuk menggelakkan Shah. Siap sahaja ayah solat terus, jumpa En Zainal bersalaman bagai lepas tu baru pergi makan. Lauk kenduri En Zainal buat lauk kampung. Tak sedap, banyak yang aku tak berkenan cuma ayam masak merah tu sahajalah itu pun ayamnya kecil. Dah tu cenderahati untuk tetamu bagi Meggi dan telur rebus itu sahaja. Ringkas sangat dan sanding pun tak ada. Tak nampak langsung pelaminnya. Macam orang tak ada duit sahaja, jahat betul aku mengutuk kenduri orang:P Ada aku kisah, ikutkan aku tak ingin nak datang kenduri kahwin anak En Zainal tu tapi disebabkan aku dah 'TER'cakap dengan ayah pergi saing kenduri dia nanti. Kalau cakap tak jadi kang takut ayah bising pula. Lepas habis makan, jumpa ayah ajak jumpa Husna kejap. Aku ada usik-usik anak Zila yang sulung, tak nak dengan orang yang tak kenal. Anak Zila yang sulung serius betul muka dia ni dah besar tak tau macam mana. Orang nak tegur pun takut muka nampak garang. Anak Zila yang bongsu, menangis pula. Panas agaknya tak berbaju budaknya nak menyusu lagi 1 hal. Nenek dia bagi air masak laju sahaja minumnya. Tapi anak Zila yang bongsu ni comel sikit, kulit cerah mana taknya ikut muka Shahril. Lepas tu ayah terus ajak pergi Teluk Intan nak cari hospital kat sana untuk pemeriksaan gigi Shah Selasa minggu depan. Takut tak tahu tempatnya. Lama tak pergi Teluk Intan, teringin nak tengok menara condong lagi. Kali terakhir aku pergi dengan Abby, kawan baik aku 9 tahun lepas. Agak dalam 1 jam jugalah perjalanan. Sampai hospital Teluk Intan ayah pergi dengan Shah nak pergi bertanya. Lepas tu, ayah ajak minum kat kantin hospital. Pukul 4 petang, Teluk Intan dah mula hujan lebat. Sebelum balik Lumut sempat ayah bawa pergi tengok menara condong kejap. Dah lain sikit aku tengok kat kawasan menara condong. Aku pernah masuk dalam menara tu dengan Abby, dalam tu boleh masuk berbayar ke percuma entah aku pun tak ingat. Kat dalam tu adalah gambar-gambar bersejarah lama. Asal usul menara, cerita bijih timah bagai. Sampai rumah dalam pukul 5 petang.
Ulasan