Ceramah KPP Untuk Lesen Motor
Tak sempat sarapan kedai yang nak pergi semalam tutup baru teringat ini kan hari Ahad. Terus pergi Institut Sekolah Memandu, Manjug. Orang dah mula beratur untuk daftar. Masa aku beratur untuk daftar aku dengar ceramah mula pukul 9 pagi pula. Sempatlah kalau nak sarapan kat luar. Selesai daftar, ayah ajak makan dekat Medan Selera, Manjung. Pukul 8.40 pagi aku gerak pergi ISMM balik. Sampai ceramah nak bermula, orang pun dah ramai masuk. Sebelum bermula ceramah, si penceramah suruh isi borang. Alamak! tak bawa penlah pula. Aku pinjam kat budak perempuan pen. Buat muka tak malu sahajalah nak buat macam mana. Siap semua, penceramah panggil nama untuk kedatangan pula. Lepas tu baru mula ceramah. Baguslah si penceramah tu berbangsa india fasih bahasa melayu pula tu tak ada langsung slang india. Ceramah dia pun best, ada buat lawak juga. Tak adalah mengntuk sangat. Pukul 10.45 pagi, waktu rehat sampai 11 pagi. Aku malas nak keluar duduk dalam kelas sahaja dengan budak perempuan yang lain. Pukul 11 pagi sambung ceramah, si penceramah bagi buku KPP untuk semua pelajar. Aku tengok masa ceramah budak-budak yang duduk belakang ada yang dah tertidur pula. Budak perempuan yang duduk depan selang 2 baris dari aku pun tertidur selamba depan penceramah. Si penceramah ada pasang vidoe kat LCD untuk kami tengok kes-kes kemalangan jalan raya. Ini tengok video sambil tutup lampu, comfirm semua terlelap penceramah tu seorang tengok video. Pukul 1 - 1.30 rehat lagi. Aku tak ada kawan nak makan. Aku tengok budak perempuan tak makan pun, ada setengah pergi solat sahaja. Aku nak makan segan pula budak lelaki ramai. Akhirnya aku beli kuih popia duduk kat kerusi depan kaunter apek tu. Lepas rehat, aku pula mula mengantuk. 6 jam ceramah terasa macam 60 jam lamanya. Kadang-kadang terlentok juga aku. Habis ceramah semua berpusu-pusu beratur untuk cop jari dan balik. Sebelum balik aku beli goreng pisang dan keropok lekor. Lepas tu beli air mocha coffee kat Najwalicious. Sampai sana tutup pula, mujut kedai baru kat deret stadium juga buka. Kedai tu macam Drink Like Boss atau Coffee Papa, nama kedai tu Street Coffee. Semua lelaki pula tu yang meniaga. Aku minta Mocha Coffee harga pun sama RM 5. Barulah aku balik. Petang perut aku mula meragam tak tahulah pasal apa jadi macam semalam. Aku mengalami cirit birit. Habis ubat aku sapu ke perut siap mengurut lagi. Nak tidur tak selesa perut asyik terasa sakit sahaja.
Ulasan