Datang Bengkel Lagi
Pukul 10 pagi aku datang bengkel lagi nak bagi slip gaji kat En. Zainal yang di emailkan oleh SSM, Ipoh. Minta tolong ayah hantarkan dia ada temujanji kat hospital pula. Sampai bengkel, beri slip gaji kat En. Zainal. Sempat jumpa Teoh Pei Ji, asyik berjalan sahaja macam orang tak ada kerja. Naik atas jumpa budak atas berborak sekejap. En. Zainal ada tanya aku "Cuti tak pergi mana-mana ke? Takkan duduk rumah sahaja?" Haih! kalau tak kerana lesen aku dah tamat tempoh dah lama aku merayap sana sini. Ini pun aku berani mati datang bengkel dengan lesen dah mati lagi. Cuti aku banyak habiskan kat sekolah memandu sahaja. Hari tu ayah aku kata nak pergi Selangor rumah bapa saudara hari Sabtu, itu pun orang tua tu suruh aku pergi sekolah memandu mujur juga tak jadi pergi. Sebelum balik aku pergi Restoran Wau Bulan beli nasi dah lapar sangat. Ingat nak belikan untuk Shah nanti beli takut ayah dah belikan pula. Membazir sahaja.
Ulasan