Aktiviti Hari Ahad
Aku dan ibu pergi kebun dalam pukul 9 pagi. Sebelum pergi kebun, pergi cuci baju ibu kat Venice Laundry Lagoon. Kata ibu, dia ada kursus 3 hari di Teluk Batik itu yang kena cuci awal. Sementara tunggu baju siap basuh kami makan kat kedai mamak pula. Ikutkan nak sarap kat Rangkaian Ikhwan tapi tutup pula. Pukul 9.30 pagi, ambil baju terus gerak ke kebun. Aktiviti pagi ni di kebun potong rumput dan buang sampah. Aku nak menunduk cabut rumput macam nak patah tulang belakang tu. Aku ni tak boleh bongkok lama-lama nanti mula sakit. Balik pukul 11.45 pagi, sebelum nak balik sempat aku basuh troli dan sarung tangan. Selesai tugas di kebun, ibu terus balik rumah dan aku pula terus pergi shopping. Kami pergi tadi asing-asing, petang karang baru pergi saing. Bulan ni aku shooping kat Giant tapi sepatutnya di Tesco. Aku malaslah pergi Tesco lagi, orang kata barang mahal lepas tu stock clearence ada yang dah expired date. Shopping kat Giant minta-minta tak terserempak dengan Si Fazrin tu. Tengah syok-syok nak cari barang ibu mesej pesan beli nasi berlauk pula kat Saudah (sebelah Sakan) lapar katanya dan suruh balik cepat. Sempat singgah Guardian kejap lepas tu beli cermin mata tanpa rabun tu. Beli kat Giant baru RM 30, beli kat kedai cerminta mata RM 68. Tak mampu aku, ni pun duit belanja bulan macam tak cukup. Beli nasi ibu terus balik. Lepas makan tengahari dengan ibu kat rumah, sempat rehat sekejap. Pukul 4.30 petang pergi kebun balik. Kali ni letak silvershine pula. Yang silvershine patut ibu letak dulu baru batu, dah satu hal pula dah elok susun batu nak letak silvershine angkat batu balik kan 2 kali kerja. Kata ibu silvershine tak beli lagi masa tu. Pukul 7 petang, macam biasa kami balik. Selepas solat Isyak ibu ajak makan kat KFC Lumut pula, katanya nak makan burger dan kentang putar. Sebelum tu kami pergi basuh baju lagi, baju aku dan ibu. Tengok kat Venice Laundry Lagoon tu penuh orang pergi KFC Lumut makan dulu. Ramai gila orang kat Lumut, kat KFC pn ramai. Sampai sos cili pun tak sempat nak di'topup'. Piring sos pun habis. Agak stress jugalah aku. Baki makanan makan di rumah saja. Lepas makan, terus pergi kain pula pukul 10 malam baru balik. Selesai, balik terus sidai baju pula nak melipat memang tak sempat sebab dah pukul 12 tengah malam.
Ulasan