Pak Uteh Dan Mak Uteh Datang Perak

Pagi, aku dan pelatih buat aktiviti preparing untuk food fair esok. Letih aku...Letih dengan mengemas dah 1 hal dengan pelatih lagi. Hari ni aku cadang nak balik kerja lambat sementara tunggu pukul 5.30 petang boleh terus ke kebun ibu. Aku layan blog dulu...Tengah syok layan blog, ibu telefon katanya tak jadi ke kebun sebab pak uteh dan mak uteh dari perlis sampai. Ah..sudah...Ibu minta tolong aku kemaskan bilik depan (rumah ibu). Pukul 5.15 petang aku balik. Sampai rumah aku bersalaman dengan pak uteh dan mak uteh. Mereka saja yang datang tengah berbual dengan ayah. Aku tengok kereta ibu tak ada, aik mana pula ni?? Aku telefon ibu dan ibu suruh aku kemas bilik dulu. Aku pun kemaslah bilik depan, baju-baju ibu aku longgokkan di bilik no 3. Kemaskan katil betulkan cadar bagai dan sapu sampah sikit. Selesai, susun pinggan kat dapur pula. Ayah ingat aku nak masak, masak menda ibu tengah beli lauk kat PCK. Pukul 6 petang, baru ibu balik. Masa ayah keluar beli beras baru aku dan ibu potong sayur untuk makan malam sambil berbual dengan mak uteh. Dengar kata pak uteh dan mak uteh nak pergi Sabak Bernam ada Reunion, lepas tu tidur rumah pak itam semalam baru pergi Muar. Tidor kat Muar semalam, pergi JB pula katanya nak melawat pak uda yang masuk hospital lagi. Sakitnya pun ada kena mengena dengan tabiat pak uda merokok. Tak taulah aku...Ayah dan Shah akan ikut sekali. Lepas solat Isya', ibu suruh aku pergi kedai pula beli ais batu. Ayah balik dari surau, baru makan sama-sama sambil menonton Gerak Khas. Pak Uteh siap kritik cerita Gerak Khas, ada saja tak kena maklumlah pak uteh aku pun polis juga jadi dia tau tugas-tugas polis macam mana. Malam, aku dah letih sangat pukul 12 tengah malam dah tidur. Sebelum tidur ayah panggil dan bagi aku kupon food fair dan mengatakan yang dia tak dapat hadir esok. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)