Tension Dengan Bapa Sendiri!

Pagi ni aku datang awal. Sampai bengkel sahaja aku terus buat kerja. Ada 2, 3 kerja aku tak siap lagi. Pukul 8.45 pagi, En. Khairuddin nak bayar yuran. Pukul 9 pagi, aku tak siap-siap lagi kerja jadi sibuk sikit. Aku ada dengar suara ayah tegur budak-budak yang duduk depan. Agak dalam setengah jam, ayah datang kat aku "Ayah nak bayar yuran ni! Patut tetamu datang layan dulu! Cikgu apalah kau ni!" Pergh! sentap aku wei...Bila dia dah cakap macam tu lagilah aku kelam kabut ambil cash book dan resit. Kebetulan mak Azza pula datang nak bayar yuran. Jenuh aku cari memo yuran baru teringat hari tu lupa nak print 1 copy lagi. Dengan tergesa-gesa buka komputer dan print out 1 copy lagi.  Aku minta mak Azza tunggu sekejap. Aku panggil ayah 2 kali buat bodoh pula, tadi dia beria sangat nak bayar yuran sakit jiwa aku!! Aku tulis resit ayah punya dulu itupun aku tulis cakar ayam, dah tulis terus bagi kemudian panggil mak Azza sempat sembang sekejap. Ayah borak lagi dengan budak lepas tu blah. Sakit hati betul aku dengan ayah aku tu! Tak nampak ke aku ni sibuk dengan kerja lain. Memangla layan tetamu dulu, masalah dah ayah aku duduk sahaja tak datang tak reti nak datang kat aku bayar yuran. Mak bapak pelatih yang elok saja nak bayar yuran datang jumpa aku yang dia kita pula nak kena layan macam dia tu pengerusi bengkel pula. Sudahlah hal kerja aku dia nak sibuk, kat rumah tau membuta saja tak reti nak kemas rumah ke hapa ke. Makin tua makin banyakkan tidur. Esok sakit susahkan orang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)