Program Penyampaian Sijil Majikan Di SSM, Ipoh

Pagi ni aku rasa tak sihat, perut meragam tekak rasa macam nak muntah. Rasa malas nak pergi, biar orang tua sengal tu yang handle. Aku sampai bengkel pun dah lambat pukul 7.15 pagi baru sampai. Masa dalam perjalanan aku makin rasa tak selesa dan tak larat dah sapu minyak pun perut meragam dan rasa nak muntah. Tiba kat Seri Iskadar, aku muntah mujur ada plastik yang aku bawa tempat letak gambar untuk pameran. Apa nak buat itu saja plastik yang ada. Pukul 9 pagi sampai SSM, Ipoh sebelum mengemas barang-barang pameran aku suruh orang tua tu pasang gambar kat papan dulu. Aku ke tandas sakit perut dan cirit-birit. Selesai, terus sambung mempamerkan barang-barang. Sebelum tu, Cikgu Annie ada jumpa aku dia tanya pasal pelatih, kami tak bawa sebab tak siapa dapat datang. Cikgu Annie pesan suruh aku usahakan bagi pelatih datang untuk demostration. Aku dah pesan dengan orang tua tu bawa budak 2, 3 orang tak dapat seorang pun jadilah. Ini tak aku cakap ada saja alasannya. Masa kat papan pameran tu memang bengkel dari Sitiawan paling simple gila buat ala kadar saja. Barang-barang pun tak banyak nak dipamerkan. Orang tua mulalah complain, dia tanya yang lama mana? Aku cakaplah dah gantung kat bahagian info bengkel. Lepas tu dia kata yang lama punya lain kali simpan jangan buang. Cakap senanglah, yang lama memang ada dalam pendrive lain tapi pendrive tu dah hilang nak kena buat balik. Yang carta-carta dah bertampal kat papan info takkan aku nak cabut balik lepas tu pasang balik dah 1 kerja. Kau pikirla sikit orang tua!! sudahlah aku buat ni sampai tak cukup tidur semalam balik saja dari Ipoh stay bengkel siapkan yang aktiviti punya pula. Pukul 7 petang baru aku balik. Kau?! Apa yang kau buat? Balik dari Ipoh terus balik rumah tak adanya nak tolong aku ke apa! Ingat senang ke?! Dengan praktikal kursus perguruan aku tak habis lagi, food fair pula Sabtu ni. Sudahlah kau banyak 'lari' dari nak menolong!! Jangan tau nak complain saja, lagi 1 belajar bersyukur sikit aku dah buat mana yang termampu tangan aku bukannya ada 10! Itu pun gambar latihan di bengkel banyak yang tak complete! Sakit hati pula aku! Bila dah siap mengemas bagai, aku pergi cuci mata kat barangan kraf dari kilang Ipoh dan bengkel Taiping, bengkel Ipoh dan bahagian demostration. Pukul 10 pagi, baru majlis bermula tetamu jemputan YB Dato Hajah Rusnah Kassim (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Kebajikan Masyarakat, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan) tapi beliau tak dapat hadir sebab ada program lain di gantikan dengan pembantu dia. Dah habis berucap, persembahan dari pelatih bengkel Ipoh dan SSM, Ipoh dan sebagainya pukul 12 tengahari baru lawatan ke pameran-pameran. Aku tengok ramai orang beli barang kat pameran kilang Ipoh, berpusu-pusu. Bengkel Sitiawan 1 pun tak ada yang nak beli hanya tengok saja. Agak dalam pukul 12.45 tengahari, baru makan. Aku makan pun sikit saja takut sakit perut lagi, buang air besar normal tak apa ni cirit-birit tak larat aku. Pukul 1 tengahari, baru balik. Laju saja orang tua tu nak balik dengan tak salam dengan cikgu-cikgu lelaki tau nak blah saja. Sebelum balik sempat aku tanya kat Kak Zakiah tentang nak buat lesson plan katanya dia suruh aku tanya dengan Fiza sebab dia sendiri pun tak ingat buat macam mana. Pulak...bila aku tanya Fiza, tanya lain jawab lain perkara yang aku nak tau tu tak dijawabnya. Aduii letih aku dengan kawan-kawan batch aku ni macam tak nak tolong saja. Taulah dah siap awal, bukan kita nak tiru nak tanya buat macam mana tu saja. Susah ada kawan macam ni. Orang tua tu pula nak solat zohor dulu kat Tasek. Ini lagi sekor dahlah panas gila van pula tak ada air cond. Buat solat qadha sajalah atau solat jamak ke. Masa dalam perjalanan sempat aku tido kat seat belakang. Hari ni aku duduk seat belakang tak sihat 1 yang keduanya aku tak suka duduk sebelah orang tua tu dahlah dalam van berdua saja dengan dia tak pasal-pasal jadi fitnah pula. Pukul 3 petang baru sampai Sitiawan, sempat lagi aku buat kerja kat bengkel bukan buat kerja apa online saja. Entah macam mana aku tengok dalam beg aku hendfon hilang. Mengelupur jugalah, agaknya terjatuh masa aku tengah tido beralaskan beg tangan aku. Telefon orang tua tu minta carikan hendfon aku dan bagi esok saja. 


Inilah pameran Bengkel Sitiawan yang simple gila tu! :P Tak ada masa nak buat lawa-lawa, kalau staff ramai tak apalah juga ini 2 kerat saja.


Ucapan dari Dato Yeoh Beng San, Pengasas Sekolah Dan Bengkel Semangat Maju.


Yang ni semua bekas pelatih bengkel Ipoh yang dah bekerja luar. Ada yang bekerja di Mydin, syarikat-syarikat swasta, kedai 7E dan banyak lagilah




Sesi lawatan ke pameran bersama pembantu YB Dato Hajah Rusnah Kassim dan diiringi oleh Dato Yeoh Beng San


Pameran dari Bengkel Taiping. Macam-macam produk mereka hasilkan.


Dulu masa pertama kali aku tengok, terkejut juga masjid dibina bentuk tokong cina. Aku pikir tokong cina betul. Nampak sangat unik, tapi apakan daya belum berpeluang masuk ke dalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)