Sibukkan Diri Dengan Kerja Dan Solat
Hari ni aku pergi kerja macam biasa itu pun rasa berat kaki aku nak melangkah. Pelatih semua aku tak layan cuma kerja saja aku bagi. Aku banyak buat kerja-kerja aku saja. Aku telefon Cikgu Annie untuk minta tangguh hantar lesson plan atas sebab kesibukan pihak SSM, Sitiawan. Alhamdulillah...Cikgu Annie bagi juga itu pun macam berat sahaja, habis nak buat macam mana pihak sekolah yang minta. Aku ambil gambar pelatih yang buat alas kaki untuk lesson plan aku. Solehah dan Teoh Pei Ji, aku ajarkan mereka buat jahitan soft toy pun untuk lesson plan aku juga. Masa aku tengah mengajar mereka, orang tua gampang tu macam biasa nak keluar ambil makan bagitahu aku dulu. Aku buat bodoh saja, kau nak pergi mampos pun ada aku kisah?! Sakit hati pasal semalam tak hilang lagi. Pukul 1.50 petang, aku ambil air sembahyang dan solat zohor. Masa aku tengah solat zohor, orang tua tu baru sibuk nak print out report untuk mesyuarat petang ni. Aku punya report kraf pagi dah siap ingat nak keluar pagi tadi fotostat report malaslah pula tak jadi pergi. Orang tua tu macam nak jumpa aku saja lepas dia print out report. Aku masa tu dah habis solat tapi tengah berdoa. Dah habis berdoa masih tadah tangan lagi, aku tak nak jumpa dan bercakap dengan orang tua tu. Petang, aku sibukkan diri dengan blogging pula. Mulai hari ni bila ada mesyuarat aku tak nak naik atas awal, lagi 15 minit pukul 5.30 petang atau nampak bayang En. Khaw datang terus gerak naik atas. Meluat aku dengan orang tua tu dahlah berdua saja kang tak pasal-pasal jadi fitnah. Bab-bab prepare minuman dan makanan biar dia handle sendiri, tak kuasa aku nak menolong. Orang tua tu hantar pelatih balik awal hari ni pukul 2 petang dan balik lambat pukul 4.30 petang. Aku pula tanpa berlengah lagi Solat Asar pula. Masa aku tengah solat pun sama orang tua tu macam nak jumpa aku tengok tengah solat terus naik atas. Alhamdulillah...Pukul 5.15 petang, tengah syok blogging En. Khaw dah sampai apa lagi kelam kabut aku mengemas. Dia masuk saja tengok dan tanya pasal pakaian bundle. Tak lama kemudian En. Muni pula sampai, sempat tanya pasal akaun ada yang dia nak betulkan dalam buku catatannya. Aku tengok En. Muni jalan terdengkut-dengkut rupa-rupanya dia accident jatuh longkang. Pukul 5.45 petang baru kami naik atas, orang tua tu sambut depan pintu sikit pun aku tak pandang. Meluat! Lepas bincang bab akaun, bincang hal report orang tua tu. Kemudian baru report aku, bab praktikal buat lesson plan ada yang bertanya. Yang orang tua tu over pula macam dia pula yang kena buat lesson plan. Sudahlah begitu info yang dia bagi pun ada yang salah. Orang suka menyibuk macam tulah...En. Khaw ada bagitahu yang kos penyelenggaraan akan dinaikkan lagi atas disebabkan kerajaan dah tarik duit bantuan. Bila dah jadi macam ni, risau bengkel akan tutup di cadangkan aku dan orang tua tu buat jualan pakaian bundle di pasar malam setiap minggu. Aku tak kisah dan tak ada masalah cuma tak bolehlah setiap minggu kalau sebulan sekali atau 2 kali tak apalah juga. Kebun cili ibu pun aku nak kena tolong. Atau pun kalau tak nak pakaian bundle tu perbanyakkan buat kraf jahitan mesin. Habis mesyuarat pukul 6.30 petang.
Ulasan