Raptai Program Penyampaian Sijil Majikan Di SSM, Ipoh
Pukul 7.30 pagi tepat aku dah sampai bengkel tapi orang tua tu bayang pun tak nampak lagi. Kata hari tu pergi pukul 7.30 pagi. Sempat lagi aku siapkan kerja pembayaran yuran pelatih. Pukul 8 pagi, baru orang tua tu datang. Pelatih tak dibawanya, ni aku malas nak duduk depan dengan dia ni. Sepanjang perjalanan kami tak borak apa pun, dia cakap sepatah aku jawab sepatah. Aku lebih banyak membaca novel dari menyembang, tak kuasa aku. Mata pula makin lama makin nak terpejam, adoii tersengguk-sengguk aku. Pukul 10 pagi, sampai SSM, Ipoh. Tiba sana tengok kosong saja ada raptai ke tak ada ni? Aku tanya Cikgu Annie, katanya pameran buat kat bawah kejap lagi akan bawa turun papan pameran dan meja. Ah! sudah...Datang semata-mata nak minta tolong saja ke? Ini yang aku malas ni. Cikgu Zaini pula cakap, sepatutnya ni program bengkel Ipoh dia kena turun buat persiapan bagai lepas tu mereka minta tolong cikgu-cikgu pihak sekolah. Macam mana nak minta tolong cikgu, habis budak-budak siapa nak jaga??? Mujur ada volunteer dari mana entah tolong mana yang patut. Kata Cikgu Zaini lagi, pihak sekolah minta buat hari sabtu hari tu atau postpone tapi pihak bengkel tak nak mereka nak buat hari tu juga sekarang dah kelam-kabut jam dah pukul 10 lebih. Bila dah jadi macam ni, aku ajak orang tua tu sarap dulu. Aku ni tak jamah apa pun pagi ni, lagi nak tolong mereka pula. Sebelum gerak pergi sarap, elok Pn. Haseenah datang. Sembang-sembang dengan Pn. Haseenah kejap, katanya dia tak cukup orang nak buat kerja persiapan ni semua. Harap 3 orang cikgu mana nak larat, itu yang sampai minta tolong cikgu sekolah dan murid yang boleh tolong. Dengar cerita Cikgu Khatijah dah berhenti, Cikgu Nalini pula jaga budak kat bengkel. Lepas tu baru aku dan orang tua tu keluar. Orang tua tu hantar aku pergi Medan Selera Tasek, bawa novel sekali. Yang orang tua tu tak taulah nak pergi mana. Pukul 11 pagi, baru balik ke SSM, Ipoh balik. Mereka baru tengah sibuk nak letak papan pameran dan meja itu ini lagi. Aku malas nak tolong, tolong tengok sahaja. Pukul 1 tengahari, baru boleh pasang carta-carta dan gambar untuk pameran kat papan. Itu pun aku buat sendiri, yang orang tua tu dan tulah nak keluar solat pula mujur ada pelatih bengkel Ipoh tolong. Pelatih tu pula aku kenal masa pergi kursus jahit dulu, Faiz pun ada juga. Hammer aku pinjam dengan Cikgu Zaini kejap. Orang tua tu jangan kata hammer, tumb tack pun tak bawa. Semua nak aku ingatkan, kata ada lebih tumb tack yang ayah aku beli. Nama pun ada pameran mestilah 2 barang ni wajib bawa, pakai otak sikit!! Tengking orang boleh pula, buat keje macam ni punya senang pun tak boleh nak buat ke??!! Barang-barang kraf aku tinggalkan kat pejabat sekolah.
Ini aja yang baru sempat...memang simple gila
Pukul 2 petang baru balik. Semasa dalam perjalanan nak balik Sitiawan, aku tanya orang tua tu masa hari Sabtu budak dapat t-shirt tak? Dia cakap semua tak dapat. Aku cakaplah yang ada orang mengadu sebab tak dapat t-shirt. Orang tua tu cakap t-shirt ada tapi mereka simpan dalam store dan tak cukup. Nanti mereka akan buat tempahan lagi dan edarkan pada pihak sekolah OKU. Kata orang tua tu lagi, kalau ada rezeki dapatlah t-shirt. Cakap senanglah habis kalau tak dapat kau tak kesian ke dengan budak-budak OKU?! Kata sayang dengan budak OKU ni. Aku tanya lagi siapa pihak pengurusan belia dan sukan tu dan En. Tajul tu sebagai apa? Kata orang tua tu, En. Tajul sebagai pengelola saja dan pihak pengurusan belia dan sukan tu En. Hairi. Itulah hari tu kau sibuk mengata PDK kecoh dengan pihak pengurusan sekarang apa dah jadi?? Nak back-up orang sangat, lain kali dengar cerita kedua-dua belah pihak jangan main tabuh saja! Hidup jangan suka cari salah orang tanpa buat siasatan dulu. Pukul 4 petang sampai Sitiawan. Sampai-sampai saja terus aku tambah sikit gambar untuk pameran iaitu gambar aktiviti. Aku buat mana yang ada sahaja aktivitinya, pukul 7 petang baru complete semua sekali dengan liminate. Sempat juga singgah kebun cili ibu. Malam ibu ajak isi minyak kereta dan makan ABC.
Ulasan