Tak Amanah! Mohon Terjun Gaung

Hari ni aku datang kerja awal sebab malam semalam aku tidur awal. Itu pun terjaga 2 kali. Baru segar sikit biji mata ni nak pergi kerja. Pukul 8.15 pagi dah sampai bengkel sempat layan blog. Orang tua tu pun sampai awal hari ni. Aku terus minta hendfon aku. Alhamdulillah...selamat jumpa henfon aku. Aku minta resit minyak dan bagitahu nak keluar. Ingat nak pergi Econsave beli air kotak dan balik rumah kejap ambil charger hendfon aku dah low. Orang tua tu pula nak keluar juga katanya nak ambil straw dan beli air botol coca-cola. Ingat lagi rupanya ingat dah nyanyok, baru sekarang nak beli. Sementara tu aku layan blog kejap, buat kerja pembayaran yuran pelatih dan siapkan bill book sebab esok nak jumpa En. Munisamy pula. Orang tua tu balik dalam pukul 9.15 pagi tak nampak pun air botol coca-colanya. Pukul 10 pagi, aku ajak Ting Hong Aun malas pula nak bawa si Solehah pagi-pagi dah bagi aku angin. Sabar sajalah. Sebelum pergi Econsave aku minta RM 20 kat orang tua tu, biar aku saja beli air sendiri. Bila minta orang tua tu kata sekarang dia tak ada duit. Sah! nampak sangat kau makan duit air kotak. Aku dah agak dah. Nampak sangat kau tak amanah! Kau guna duit air kotak tu untuk kepentingan diri! Patutlah asyik sakit saja, makan duit haram. Dulu duit claim aku pun dia guna untuk bayar KWSP pelatih, alasan nanti lewat bayar kena bayar denda. Kau pakai duit aku ada minta kebenaran ke?! Dah sengkek buat cara sengkek, ini menyusahkan orang! Menyesal betul aku bagi dia duit minta tolong belikan air botol coca-cola. Kalau aku tau macam ni jadi, tak ingin aku bagi dia belikan.


Aku fikir dia nak bagi hari ni. Sekali pergi minta kata duit tak ada. Surrender aku nak suruh dia beli lagi. Orang jenis tak amanah ni susah, pula tu makan duit orang!

Petang ni, aku nak tengok movie 'Miss Peregrine's Home For Peculier Children' jam 5.30 petang. Tengah syok aku layan blog, ibu pula telefon ajak makan kat karavan. Jam baru 4.30 petang, tak apalah tengok wayang lambat sikit mungkin sempat lagi. Aku dan ibu makan nasi ayam dan ABC mixed fruit. Pukul 5.15 petang, baru aku bergegas ke Aeon. Tak syoklah cerita tu, pukul 7.35 malam baru habis. Malam, sempat sambung layan blog kejap. Pukul 10 malam, tengok cerita hindustan dengan ibu pula 'Waqt - The Raise Againts Time' lakonan Amitabh Bachan, Akhsay Kumar dan Priyanka Chopra. Itu pun tengok sampai pukul 12 tengah malam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)