Aktiviti Perkebunan Cili
Dah dekat sebulan lebih aku tolong ibu di kebun cilinya. Boleh dikatakan setiap minggu, kalau hari biasa tengok keadaan. Kalau aku tak sibuk dengan kerja atau ada hal lain, aku singgah kebun tolong mana yang patut. Bukan apa ringan sikit beban ibu, nak ambil upah pekerja asing mahal pula. Baik buat sendiri, buat perlahan-lahan. Ibu aku bukan saja tanam cili malah jual cili di 25 buah restoran kawasan Lumut hingga Sitiawan. Kebun cili ibu juga ada 2 lot, kalau 2 lot ada 8 baris bersamaan 1000 pokok cili. Itu pun dah rasa penat lelah juga nak uruskan, ada kawan ibu aku sampai 3 lot. Bayangkanlah 3 lot berapa baris dan berapa pokok cili?? :o Mau kebas kaki...
Buat pertama kali aku jejak kaki ke kebun cili walaupun yang belakang tu bukan pokok cili ibu...:P
Yang ni, proses mematahkan ranting pokok cili sebab nak tanam pokok cili yang baru. Bersusah payah aku mematahkan ranting pokok cili sampai gatal muka aku he3x
Ni ranting yang dah dipatahkan akan dibakar. Aku bab membakar memang suka. Suka main api, tapi yang tak tahan tu bila api marak asap boleh buat aku pedih mata. Kadang-kadang bila nak hidupkan api tak nak hidup pula.
Dan yang ni nak letak batu sebab kawasan ibu tu bila hujan air naik kalau kena kat pokok cili takut rosak. Palang kayu pun buat H sebelum ni buat X. Kami usung batu bata pakai kereta sorong tu. Aku pula pinjam kereta sorong kawan ibu. Angkat batu sikit-sikit sudahlah, angkat banyak-banyak belakang aku jadi sakit pula.
Sekarang ni tengah tunggu sekam saja. Kata ibu pokok akan berbuah bulan 1 atau 2 tahun depan. Jadi sekarang masing dalam proses untuk tanam pokok baru. Itulah cara orang berkebun, penat lelah tolak tepi hujan panas sanggup datang yang penting minat. Ibu aku memang minat berkebun. Bukan senang nak jadi senang. Usaha tu kena ada. Banyak benda ibu nak buat bila dah berjaya, nak pergi hajilah, ada duit nak buat masjidlah. Apa-apa pun semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan ibu aku dan segala impiannya akan terlaksana....amin...





Ulasan