Sambutan Hari Sukan Negara
Pukul 5.30 pagi aku dah kena bangun. Hari ni ada sambutan Hari Sukan Negara di Stadium Manjung. Pihak bengkel Sitiawan terlibat. Pukul 6.30 pagi, aku kena gerak. Sampai Stadium Manjung memang sesak gilalah, nak parking susah dengan orang buat jualan lagi. Aku tengok van bengkel tak ada pun, ni mesti tak datang lagi aku ingatkan dah datang. Pelatih yang baru datang pun Khairunnisa. Sementara tunggu yang lain aku pergi daftar kejap dan ambil makanan untuk pelatih. Aku tanya pasal t-shirt mereka kata nanti mereka akan bagi. Ramai juga yang datang di antara PDK, sekolah-sekolah pendidikan khas dan Sekolah Semangat Maju dari Ipoh dan Taiping pun ada. Aku rasa tak sabar nak join Walk In Pride, jalan beramai-ramai sepanjang 2 km. Tunggu punya tunggu, van bengkel tak datang-datang. Jam dah pukul 7 pagi, aku tengok orang dah mula berjalan ramai-ramai sebab program Walk In Pride dah pun berjalan. Aku dah mula susah hati tapi akhirnya pukul 8 pagi, orang tua tu baru sampai dengan pelatih. Adooii sakit hati betul! Aku ingat dah sampai terus pergi jalan beramai-ramai ni tak dok tunggu apa lagi aku pun tak tau. Akhirnya tak join berjalan, memang frust gila aku!...Mungkin ada hikmah, tak apalah bukan rezeki aku. Kata orang tua tu pukul 8 pagi baru acara Bocce bermula. Dah pukul 10 pagi pun tak mula-mula lagi. Entah macam mana aku dah mula rasa senggugut yang amat. Dah 2 hari aku piriod, tak tahan rasanya, 3 kali aku tandas rasa macam nak balik pun ada. Tak bermaya rasanya. Masa keluar dari tandas, Kak Zura PDK Hidayah nampak aku siap lambai-lambai lagi (aku memang dah lama perasan Kak Zura ada). Aku pergi kat Kak Zura kami sembang pasal lesson plan, rupanya dia pun kena buat dan dah habis semester. Bila masa pula mereka pergi kursus perguruan?? Kata Kak Zura nanti convocation sama dengan aku. Sementara itu acara Bocce lelaki bengkel dah mula manakala acara untuk Solehah dan Khairunnisa entah pukul berapa nak mula entah. Pukul 12 tengahari, orang tua tu bagi aku balik. Selamat. Sampai rumah aku mandi, tidur sekejap senggugut aku pun dah hilang. Bajet pukul 1 tengahari gerak pergi bengkel akhirnya terlajak pukul 1.30 tengahari baru bangun. Bergegas aku ke bengkel nak siapkan carta-carta dan gambar untuk pameran hari Isnin ni pula. Letih rasanya...:( Lapar tu tak payah cakaplah, dari pagi tak makan apa itu pun aku makan keropok lekor dan milo ais saja mana kenyang. Mujur donut coklat yang aku beli semalam ada lagi dalam peti sejuk bawa sekali ke bengkel makan kat sana.
Sempat posing sebelum bersukan :)
Bersama bakal sukan negara paralympic :)
Semua fokus dan beri tumpuan apa yang dijelaskan oleh cikgu mereka tentang cara nak bermain Bocce
Bersukan dengan penuh semangat...tapi apakan daya mereka kalah. Kalah tak bermakna kalah selama-lamanya. Usaha dan semangat tu perlu ada!! ;)
P/s - Perempuan punya game aku tak dapat ambil gambar sebab aku dah balik awal dan lagipun turn mereka lambat sangat.
Pukul 7 petang, baru aku balik itu pun sempat singgah kebun cili ibu. Aku cerita masa kat Hari Sukan Negara, kami tak dapat t-shirt yang dijanjikan dan nombor pada baju pun tak dapat. Rupanya bukan aku seorang yang dok complain pasal ni, Kak Zura pun complain. Siap mengadu kat ibu dan datin apa entah (suaminya Dato DUN Pasir Panjang). Kata ibu (siap tunjuk dalam whatsapp), Kak Zura bengang pasal t-shirt budak OKU tak dapat, dia tak kisah kalau cikgu tak dapat tapi kesian kat budak-budak OKU. Kak Zura salahkan pihak pengurusan belia dan sukan katanya lagi hari tu janji 300 helai t-shirt untuk budak OKU, lepas tu makin lama makin berkurang itu yang ada setengah dapat ada setengah pula tak dapat. Kak Zura jemput semua PDK seluruh Perak sama-sama memeriahkan Hari Sukan Negara, tapi semua tak dapat t-shirt tu yang dia bengang sangat. Dia pun macam surrender nak join untuk tahun depan kalau macam ni pengurusannya. Yang datin pula, cara dia cakap macam tak boleh nak buat apa lagi dah. Kalau aku pun bengang juga, macam pagi tadi kata nak bagi kemudian tak bagi-bagi pun. Yang aku peliknya cikgu-cikgu SSM, Sitiawan dapat tapi cikgunyalah yang pakai anak muridnya seorang pun tak pakai. Patutnya bagilah kat anak murid, dapat t-shirt posing lebih. Bukan nak kata dengki ke cemburu ke apa tapi fikirlah sikit kat anak murid yang OKU tu.
Ulasan