Gaduh Lagi (Part 1)

Aku bengang dengan Ting pagi ni, jenis yang tak paham bahasa. Aku tengah sibuk asyik cikgu...cikgu...Dah cakap kalau nampak aku sibuk buat kerja jangan kacau. Hari ni aku pergi kerja awal lagi nak siapkan lesson plan sikit lagi dengan uruskan yuran pelatih. Pukul 10 pagi setel yuran pelatih, siapkan lesson plan pula. Settel terus print out aku buat 2 copy sekali. 1 lesson plan dan 1 lagi RPI senang sikit. Masa rehat, Solehah kata En. Zainal panggil aku. Dah siap semua kerja baru pergi jumpa. Aku cakaplah tujuan aku nak keluar. En. Zainal kata dia terima aduan dari bapa Adibah, yang bapa Adibah sound dia sebab cara aku cakap kat Adibah semalam. Aku cakap apa? Yang aku tau aku hanya tanya "Kenapa lama tak datang?Bukan cuti sampai setahun ke?" (nada gurau). Alah..benda kecil macam ni pun nak mengadu. Aku tak pernah nak cakap "Kalau nak cuti lama baik tak payah datang." Aku dah cakap dengan En. Zainal yang aku tak ada niat apa-apa hanya bergurau saja. Yang orang tua tu macam biasa salahkan aku juga, amaran terakhir kalau buat lagi dia nak hantar surat ke Pafid itulah ugutan basi dia dah naik muak aku dengar. Apa-apa semua salah aku! Aku pula nak mempertahankan diri. Bila masing-masing tak nak mengalah, orang tua tu dah mula marah entah macam mana tiba-tiba dia hempas meja habis pen terpelanting sana sini. Lepas tu tengking aku depan pelatih. Aku diam dan tak cakap banyak turun, pintu gril aku main hempas saja. Aku memang dah tak tahan sangat masa tu hanya Allah SWT sahaja yang tau. Sebelum bergerak sempat aku menyumpah-nyumpah orang tua gampang tu!! Menangis sepuas-puasnya. Sepanjang perjalanan aku drive motor menangis saja. Aku tak bolehlah orang macam ni. Dalam kepala otak aku harap-harap kat rumah ibu ada. Aku dah tak tahan!! Sampai rumah, ibu tak ada mesti pergi kebun dah atau kedai makan Che Na sarap dulu ke. Ingat nak whatsapp ibu, tak jadi. Aku pergi kat kebun cili kalau ibu ada tak apalah aku jumpa petang nanti tak nak ganggu. Sampai kebun cili, ibu tak ada pula bajet nak pergi kedai makan Che Na sekali macam terserempak kereta ibu kat gerbang Venice. Tak puas hati patah balik sekali betul kereta ibu nak ke kebun, tak apalah pergi kedai fotostat sajalah terus. Jam aku tengok dah 11.15 pagi. Aku tak nak balik bengkel awal, aku benci tengok muka orang tua gampang tu!! Betul-betul tak ada mood aku. Baru teringat jam tangan aku rosak, telefon Solehah tolong tengokkan jam tangan ada tak dalam beg aku. Telefon tak angkat pula. Sempat beli kentang kejap 5 biji untuk ABM mengajar kat SSM. Lepas tu balik rumah aku balik nak check jam tangan aku kot-kot tak bawa ke bengkel ke. Tak ada pula sah dalam beg. Belum sempat keluar rumah ibu whatsapp aku, masa tula air mata aku tak dapat ditahan-tahan lagi rupanya ibu perasan aku masa kat Venice. Ibu tanya aku nak ke mana? Apa lagi aku ceritala apa orang tua gampang tu dah buat kat aku...Habis bercerita, baru aku terus ke SSM, Sitiawan itu pun drive motor 30-40 km/h. Sengaja lambat, biar aku balik lambat. Duduk bengkel macam duduk dalam neraka! Masa keluar dari bengkel lagi dah drive lambat-lambat. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)