Belanja Anak Murid

Pukul 3 pagi, aku terbangun tidur. Nak tidur balik terus tak boleh nak lena. Malam semalam aku tertidur awal dalam pukul 9 malam, itu yang aku terjaga dan tak boleh nak lena. Dengan perut pula buat hal, ayah aku ingat aku tak tidur lagi. Bila dah tak boleh tidur terus aku tergerak nak buat blog. Siap buat kopi secawan. Hari ni Shah dan ayah pergi Hospital Teluk Intan, Shah kena buat pembedahan gigi. Pukul 6 pagi mereka dah gerak. Pukul 10 pagi, aku pergi jumpa En. Firdaus nak selesaikan hal insuran takaful. Dah sampai pejabat dia baru keluar pula (ada pakcik bagitahu). Satu kerja aku nak menunggu. Habis jumpa dengan En. Firdaus, masa nak balik bengekl tak sangka aku pukul 11 pagi kedai Papa's Coffee dah buka. Bolehlah aku beli tengahari karang sebab semalam aku dah janji dengan Ting Hong Aun nak belanja dia minum kopi ais. Kebetulan kad cop Papa's Coffee hampir nak dapat percuma. Pukul 12.30 tengahari, aku cakap dengan En. Zainal aku keluar beli air. Masa keluar banyak kenderaan lalu lalang biasala hari jumaat, sebab tu aku malas nak keluar masa hari jumaat nak-nak tenghari. Sampai kedai Papa's Coffee, aku pesan air Coco dan Mocha satu. Lepas beli air, terus aku nak tidur mengantuk sangat mana taknya bangun pukul berapa pagi tadi. Dengan penat mengemas lagi hari ni. Elok nak tidur, Ting kacau aku katanya kopi yang aku beli tu sedap. Dia tak nak beli lagi dah ice blanded kat Econsave, dah suka kopi yang aku beli tu. Air tu memang sedap pun. Lepas tu aku sambung tidur balik. Petang bajet nak balik lambat tapi aku dengar macam nak hujan pukul 5 petang aku balik terus. Risau motor pula buat hal tengah-tengah hujan dahlah ayah tak ada. Tayar motor aku pun dah rasa macam kurang angin sejak pagi tadi. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)