Demam Dilwale Dan Adik Balik

Hari ni aku dan pelatih perempuan mengemas lagi. Dan hari ni juga aku tak sabar dan teruja nak tengok movie Dilwale yang tengah meletup sekarang. Pukul 3 petang, pelatih perempuan aku suruh mereka mandi dulu. Elok tengah tunggu giliran aku nak mandi, ada pelanggan yang selalu beli baju bundle budak perempuan datang pula. Masa ni pulalah nak datang. Suka datang masa bengkel dah nak tutup. Aku ingat nak cakap beli baju 6 helai RM 10, aku tersilap cakap lagi 10 helai RM 6 pula. Adoii rugi macam ni! Bila aku cakap 6 helai RM 10, dia lagi nak 10 helai RM 6. Dah murah nak lagi murah. Tunggu bila aku dah siap buat tanda harga nanti. Aku tak layan pun budak tu, malas aku layan pelanggan macam ni. Lepas Khairunnisa mandi terus aku pula mandi. Solehah yang tolong uruskan budak perempuan tu. Lepas mandi, aku nak bersiap pun tak senang. Tu jam nak bayar bagai. Pukul 4 petang, aku dah tutup bengkel terus pergi makan kejap kat Strawberry Cafe. Lepas tu, pergi Aeon macam biasa tiket. Ramai pula orang datang nak tengok Dilwale, selalunya kalau hari biasa tak ramai. Masa lagu cerita Dilwale, aku siap menyanyi sama lagi mana taknya lagu dia pun tengah hot sekarang. Sedap pun sedap. Yang bestnya aku seronok tengok Varun Dhawan, pergh! hensem gila siut. Aku sekarang dah jadi peminat Varun Dhawan pula. Sedih jugalah tengok cerita tu, sempat memangis dalam panggung. Pukul 7.30 petang baru habis movie. Tanpa buang masa terus aku balik nanti tak pasal-pasal ayah bising pula. Sampai rumah, aku macam dengar suara Idin. Sah! budak tu dah balik, apalagi kelam kabut ambil bantal dan laptop aku dalam bilik dia. Malam ni terpaksa berpanas dalam bilik sendiri, kejap perlahan kejap kuat Kipas bilik aku dah nak jahanam tunggu masa sahaja. 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)