Whatsapp Dari Sekolah Semangat Maju Ipoh

Pukul 10 malam, ada mesej dari whatapp aku. Rupa-rupanya kumpulan Sekolah Semangat Maju. En. Zaini cikgu dari Sekolah Semangat Maju Ipoh kata 12 dan 13/ 3 comfirm tarikh untuk summer camp 2016. Kena bagitahu En. Zainal ni. Aku ingat tahun ni nak pergi summer camp sebab tahun lepas tak pergi. Tak ada pelatih yang sesuai untuk dibawa, tak naklah pelatih yang sama sahaja. Kalau boleh bagi peluang kat pelatih lain. Aku cadang nak bawa 2 atau 3 orang pelatih di bawah jagaan aku, tak kisahlah kalau En. Zainal tak nak pergi. Dan aku nak pilih pelatih baru untuk pergi sekali dengan aku, Shafiq Idzham, Adibah Syazana dan seorang pelatih lama. Tapi muat ke kalau tumpang van Sekolah Semangat Maju Sitiawan. Siapalah cikgu yang akan pergi tahun ni ya? Tahun lepas Cikgu Amala dan Cikgu Kavitha tak silap aku.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)