Test Motor Buat Pertama Kali
Hari ni aku ada test motor. Semalam dah puas buat latihan balik, takut lupa pula. Pukul 8.30 pagi aku dah datang sekolah memandu. Ayah ada datang temankan aku. Aku memang berdebar gilalah masa nak ambil test. Orang pun ramai datang untuk test, adalah dalam 50 orang. Kebanyakannya budak sekolah, biasalah tu budak sekolah nak ambil lesen motor. Mula test lambat pula tu, pukul 9 lebih baru mula, aku dah susah hati. Susah hati untuk test dan sempat ke tidak sebab tengahari aku nak kerja lagi. JPJ pun datang lambat. Masa mula, aku sesi ke 2 no. 8 sebelum mula kat litar kena periksa motor dulu depan JPJ. Aku tak pass bahagian nak hidupkan motor. Aku dah agak memang aku tak boleh nak hidupkan motor. Mujur masa aku nak hidupkan motor, JPJ tak tengok sebab sibuk tengok kertas daftar. Yang lain aku ok. Test litar pukul 11 pagi, baru aku mula. Itu pun sebelum aku mula tu berdebar gila, Allah SWT sahajalah yang tahu. Ada budak yang lulus, seronoklah mereka dan ada juga yang gagal. Tengok orang buat test pun aku dah berdebar, baru salah sikit kat titi dah kena keluar balik buat bahagian 3. Sudahlah begitu, motor pula ada yang tak boleh pakai atau rosak. Adalah dalam 2, 3 biji tak boleh pakai. Ada seorang budak tu gagal kat signal puncanya signal motor tu tak berfungsi. Orang yang kerja sekolah memandu ni tak periksa dulu ke? Dah tu dah tau tak boleh pakai letaklah motor kat dalam ni letak luar kesian kat budak lain yang tak tau motor tu boleh pakai ke tak. Tiba giliran aku, elok dah setel kat titi JPJ jerit panggil. Aku tak tahu dia panggil siapa jalanlah buat bahagian kon pula. Lepas tu, JPJ panggil rupa-rupanya dia panggil aku. suruh keluar. Yang aku ni dah takut. Pergi buat bahagian 3, JPJ tu panggil lagi. Dia suruh aku matikan enjin motor. Kata, "Kau tak dengar ke saya panggil tadi?! Kau tau tak kat titi kena buat berapa saat? dekat titi tadi kau buat tak sampai 7 saat pun. 5.6 saat sahaja.". Memang cuak habislah aku. Lepas tu dia suruh buat bahagian 3. Itu pun masa nak buat pergi buat bahagian 3, nak hidupkan motor aku tak boleh terpaksa pergi belah kanan untuk hidupkan. Takut punya pasal sampai terjatuh motor tu dan JPJ tu siap cakap "Macam mana nak ambil lesen motor ni? Nak hidupkan motor pun tak boleh!" Memang aku dah malu gilalah. JPJ tu panggil ada budak lelaki yang dah habis buat bahagian 3 tolong aku hidupkan motor dan bila motor tak dapat hidupkan JPJ suruh aku pakai motor budak lelaki tu. Habis semua, kena pergi jumpa JPJ tu ambil borang. Aku ambil dengan seorang budak perempuan yang nama dia selepas nama aku. Masa tula, aku rasa JPJ tu macam pekik nama aku? Memang cuaklah. Dia cakap aku gagal dua-dua bahagian 2 dan 3. Tapi dengan budak perempuan tu elok sahaja cakap dan dia pun gagal bahagian 2 dan 3 juga. JPJ siap cakap apa "Tak faham ke? Meh sini abang terangkan." nak pula budak tu boleh tahan cun. Macam ni JPJ layan? Macam pilih bulu jer. Memang terasa jugalah aku. Bayangkanlah, aku mula dah nak masuk tengahari dengan panas teriknya. Lepas tu buat aku macam ni lagi 'panas' aku. Aku tak cakap banyak usung motor, letak tempat asal balik. Ambil keputusan dah terang-terang gagal cakap dengan ayah yang aku dah gagal. Pergi kat apek kaunter nak buat ulangan aku pilih tarikh 26/1. Aku tak nak buat minggu depan sebab takut tak bersedia dan aku juga nak buat latihan kaw-kaw punya bagi betul-betul lulus. Apek tu kata nak datang buat latihan bila-bila masa pun boleh tak ada masalah dan tak payah print cop jari. Datang terus buat latihan. Nak buat ulangan kena bayar lagi RM80. Mujur aku ada RM100 lagi, terus bayar. Balik rumah, sampai terus masuk dalam bilik aku menangis sepuas-puasnya. Frust kot, gagal test. Dengan layanan JPJ tadi. Berapa bakul aku menyumpah-nyumpah. Aku pergi kerja lambat sikit, dan mindset tak nak fikir pasal test motor. Buang jauh-jauh, hari ni dan esok aku nak enjoy puas-puas release tension.
Ulasan