Sedikit Tension Di Awal Tahun Baru

Pukul 8.30 pagi, En. Zainal tengah bagi briefing kat budak straw di kelas kraftangan. Katanya mulai hari ni, buat sementara waktu dalam seminggu dua ni dia nak budak straw semua duduk bawah. Aku nampak Razi pun ada, bermakna dia pun kena duduk bawah. Aku cakap dengan En. Zainal, yang aku tak nak Razi duduk bawah aku takut nanti jadi macam hari tu. Silap-silap dia penampor aku lagi. En. Zainal tak kira, dia seolah-olah nak menyalahkan aku. Katanya, mulai tahun baru tak ada dendamla, tak nak bermasam muka dengan ibubapalah, buat macam 1 keluargalah, macam adik-beradik kalau dengan adik-beradik tak ada gaduh-gaduh nak bermasam muka. Kepala hotak dia! kau hidup zaman kau bolehlah cakap. adik beradik pun boleh bergaduh apatah lagi bermusuh (walaupun tak semua adik beradik macam tu). Kau cakap senanglah, kau kat atas seorang dengan pelatih seorang 2 bolehlah. Akulah sakit kat bawah sahaja nanti nak jaga berapa belas pelatih. Esok jadi apa-apa kat aku, kau nak tanggung ke?! Kau tetap nak memangkan budak walaupun dah terang-terang dia salah! Nyanyok ke masa mesyuarat En. Imran kata apa? Budak atas tak boleh duduk bawah tak sesuai walaupun sesetengah akan duduk atas. Mereka ni jenis kalau buat kerja mesti berpasangan. Kalau seorang duduk bawah, kawan rapat yang duduk atas mesti akan turun jumpa kawan kat bawah. Aku setuju cakap En. Imran apa dia cakap ada betulnya. Aku malaslah nak bertekak dengan dia, diam sahaja angguk-angguk geleng-geleng. Apa dia cakap betul pun aku Ya, cakap salah pun aku Ya juga. Dah itu yang dia nak! Cakap dengan orang tua ni pun tak guna, cakap dia sahaja yang betul!. Bagi cadangan ke pendapat ke luahan tak puas hati sama sahaja. Cakap sahaja pandai!! Apa yang aku tau, apa-apa jadi kat budak straw aku tak ambil tau. Aku buat kerja aku sahaja. Habis cerita, lagi fikiran lagi stress aku. Lepas dia blah, aku cakap dengan budak straw duduk bawah aku tak mereka buat hal atau buat perangai. Lepas tu agaknya, dia dengar aku macam marah kat budak straw terus dia suruh semua budak straw duduk atas. Aku buat bodoh sahaja. Yang aku sakit hati dia marahkan Gary sebab pagi-pagi dah mengamuk macam perli aku pula. Dah tu perli aku depan-depan ayah aku pula tu. Dasar tak ada adab, cakap aku macam-macam walhal dia pun sama. Perangai macam sampah! Patutnya bengkel baru buka di awak tahun baru ni tak ada macam nak cari pasal, patut gembira dapat jumpa pelatih, staff setelah lama bercuti. Cuba aku yang buat hal, aku gerenti dunia akan bergegar lalu terbalik!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)