Mesyuarat Tergempar PIBG

Pukul 8.30 pagi, aku sampai bengkel. En. Zainal kata buat mesyuarat kat tingkat atas. Mak Yew Kok Yong awal-awal dah sampai itu pun jumpa dengan En. Zainal berbincang pasal EPC JKM. Mesyuarat bermula dalam pukul 9 pagi. Agenda aku agihkan kepada ibubapa yang hadir. Tak sangka aku ramai pula nak datang, sampai agenda tak cukup mujur surat yuran aku fotostat lebih. Masa perbincangan bermula, bincang pasal yuran. Kata ibubapa, yuran makan tak ada kena mengena dengan bengkel sebab makan pakai katering bukan masak kat bengkel. Kata En. Imran apa-apa pun pandangan kena tunggu dulu keputusan dari En Kkaw, pengerusi bengkel pada mesyuarat ahli jawatankuasa bengkel kemudian baru beritahu kepada ibubapa yang lain. Kalau jadilah, yuran naik aku berani jamin ramai pelatih akan berhenti paling tidak pun lambat bayar yuran. Lepas bengkel pun tutup. Bayangkan yuran dari RM 180 ke RM 200 lebih. Aku ada terdengar mak Wan Liyana kata kalau yuran naik dia nak berhentikan yana. Sebab dia pun tak ada duit nak bayar yuran dan nak hantar yana ke PDK Hidayah. Katanya lagi, PDK tak kena bayar yuran. En. Salleh pula, bagi cadangan untuk pemasangan penghawa dingin di tingkat atas. Kat tingkat atas memang panas pun. En Salleh juga ada mencadangkan untuk membuat aktiviti untuk tahun 2016, buat perkelahan setiap ibubapa membawa makanan atau pot luck dan untuk keselamatan pelatih bukan atas instruktor tapi atas tanggungjawab ibubapa. Buat perkelahan di tempat-tempat yang 'sejuk'. En Salleh ini cadangan banyak tapi ibubapa lain nak melaksanakan itu macam payah. tahun lepas pun kata nak buat aktiviti. Tapi bertangguh dan macam-macam masalah. Lepas tu, En Khairudin tanya pasal Insurans Takaful pula bila nak kena perbaharui. Alamak! aku pun tak ingat bila tarikh tamat tempoh. Surat pun En. Firdaus tak bagi. En. Imran minta aku periksa balik bila tamat tempoh. Kemudian, En. Zainal kemukakan pula tingkahlaku pelatih yang buat perangai. Bila dia suruh ibubapa bagitahu kalau ada apa-apa yang tidak berpuas hati luahkan secara terbuka. Seorang pun tak bercakap, diam lebih. Ni lepas mesyuarat, akulah yang nak kena buat minit mesyuarat pula. Pukul 11 pagi, baru mesyuarat tamat. Lepas habis makan-makan bagai, terus aku cucuk duit dan shopping kat Rapid dan Aeon. Agak dalam pukul 3 petang baru aku balik rumah. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)