Selesaikan 'Transfer' Gaji Pelatih

Terdetik aku nak online Mybsn untuk transfer gaji pelatih. Tak sangka dh boleh buat. Hantu betul En. Zainal langsung tak bagitahu dia punya Mybsn dah ok. Hari Jumaat aku nak online Mybsn dua ada masalah sikit. Kalau dia bagitahu semalam dah selamat aku uruskan gaji pelatih dah. Selesai transfer gaji pelatih, sambung mengemaskini senarai-senarai penting 2016 punya. Pagi tadi aku angin dengan pelatih kelas aku, dah pukul 9.10 pagi tak reti nak buat kerja lagi nak melepak. Pelik betul aku, nak aku pekik bagitahu baru nak gerak. Aku ni dahlah banyak kerja nak buat dah jadi 1 kerja pula. Bila aku bising tau pula tarik muka, merajuk bagai. Sendiri salah tak fikir. Pukul 12 tengahari, aku berhenti buat kerja. Rehat kejap sambil bermain game. Hari ni aku bawa bekal nasi dengan ayam masak merah ibu masak, makan pagi. Pukul 10 malam, makan lauk yang sama juga lepas tu terus layan cerita The Flash. Nasib baik aku teringat drama superhero baru tu. Minggu lepas aku terlepas tengok. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Soalan Peribadi (Bahagian 1)

Soalan Peribadi (Bahagian 3)

Soalan Peribadi (Bahagian 46)