Rosak Mood Di Hari Lahir
Pukul 8.30 pagi, ayah dah kejutkan aku suruh sapu sampah kat rumah sebelah sebab hari ni adik aku no. 2 nak balik. Ayah ni pun satu, dah tahu sakit kaki buat apa susah payah nak ajak berkemas bagai, si gila tu nak balik tu biarlah bukannya orang lain anak sendiri. Yang si gila tu pula tahu nak balik sahaja, sikit-sikit nak balik. Dah tu menyusahkan orang tua sendiri. Sakit hati aku! Lepas selesai semua tu ayah ajak aku basuh kain di dobi layan diri pula. Masa nak bersiap pergi En. Zainal mesej pula suruh aku e-mailkan laporan mesyuarat ahli jawatankuasa BPSM, Sitiawan. En. Khaw Eng Aun yang nak. Ini lagi satu, masa hujung minggu nilah sibuk suruh aku buat kerja bagai tak fikir ke orang ada hal lain hujung minggu ni. Hari tu dah bagi kat En. Munisamy, tak bagi ke? Kebetulan hari ni ada mesyuarat penting PAFID di Ipoh. Semalam tak nak minta. Aku pantang betul masa hujung minggu orang panggil buat kerja. En. Zainal minta sangat aku tolong e-mailkan, dia takut En. Khaw salahkan kami. Bukan salah kami kalau bagi kerja saat-saat akhir nak pula hari minggu pula tu. Masa dalam perjalanan nak ke dobi terpaksa ayah patah balik hantar aku. Terpaksa Aku bergegas pergi Siber Kafe Tropikana nak selesaikan hal ni. Sebelum tu aku bagi Ani (kucing) makan dulu. Lepas tu baru bergerak pergi siber kafe. Sampai sana dalam pukul 10 sengaja aku melambat-lambatkan, lepas dah selesai dah alang-alang datang siber kafe aku layan facebook dan game online. Masa aku layan facebook, bekas teman lelaki aku pun ada online. Aku pun tak tau bila masa aku terima dia jadi friendlist. Entah apa yang dia nak siap add aku. Nak jadi stalker apa? Entah macam mana dia mesej aku kat facebook. Ucap selamat hari jadi kat aku, tanya khabar bagai. Aku pun tak ada mood nak layan dia, panas hati aku dengan dia tak pernah padam. Aku jawap pun ala kadar sahaja. Aku ada bagitahu dia tak payah susah-susah cari aku yang dah jadi isteri orang (walhal belum kahwin lagi). Aku ungkit balik, bukan ungkit apa cuma bagitahu dia sebab dulu si Nanie ada bagitahu yang bekas teman lelaki aku ni sibuk nak cari aku minta nombor telefon bagai. Aku cukup tak suka lelaki yang dah berkahwin dah ada anak bini masih nak cari bekas teman wanitanya balik walaupun hanya sekadar kawan. Mohon sedar diri ya en. bekas teman lelaki! Disebabkan hari ni hari jadi aku banyak betul yang buat aku rosak mood. Dan antara banyak-banyak kawan facebook, bekas teman lelaki aku tu orang pertama ucap. Pukul 1 tengahari aku balik, sampai rumah adik aku no. 2 tu dah ada. Masalah betullah! Tak seronok betul hari lahir aku tahun ni.
Ulasan